Kaspersky Ajar Ibu Bapa Cara Jaga Keselamatan Anak-Anak Dalam Talian

Pandemik global COVID-19 nampaknya bukan sahaja memberi kesan kepada golongan yang bekerja tetapi anak-anak yang masih bersekolah turut terjejas.

Berikutan itu, semua sekolah di Malaysia dijangka akan menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian sehingga tahun hadapan.

Kementerian Pendidikan telah memutuskan langkah tersebut selepas mempertimbangkan analisis data kes COVID-19 yang melibatkan seluruh institusi pendidikan.

Oleh itu, sekolah-sekolah juga diharapkan agar untuk meneruskan PDP dalam talian walaupun memasuki tahun 2021.



Bersempena ini juga, Kaspersky telah menganjurkan forum bersama pakar termasuk Ong Kian Yew, Ketua Pegawai Eksekutif PIKOM dan beberapa NGO lain dalam membincangkan cara untuk memastikan keselamatan anak-anak dalam talian daripada jenayah siber.

Pengurus Kaspersky Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong menekankan bahawa sebanyak 47%-51% kanak-kanak Malaysia menghabiskan sebahagian besar masa mereka dalam talian antara bulan Mac hingga Mei 2020 untuk mencari bahan berkaitan pembelajaran.

Malah, dalam Belanjawan 2021 juga kerajaan telah membentangkan untuk rakyat berbelanja bagi produk-produk digital seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar.



Dalam pada itu, Kaspersky juga menyenaraikan beberapa cara untuk ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka semasa berada di dalam talian:

  • Luangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak dengan beritahu apa yang boleh dan tidak boleh semasa menggunakan Internet

  • Melayari dan belajar bersama. Lihat tempat mereka menghabiskan masa dalam talian dan juga meluangkan masa main permainan dalam talian bersama

  • Jelaskan bahawa maklumat sensitif tidak boleh dikongsi sewenang-wenangnya kepada individu tidak dikenali

  • Memasang perisian keselamatan siber seperti Kaspersky untuk melindungi anak-anak daripada ancaman jenayah siber


 

 

Berkaitan