Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Penuh Peranti Yang Dijangka Akan Terima Android 14

Kerajaan India Isukan Risiko Keselamatan Tahap Tinggi Pada Pengguna Telefon Pintar Galaxy

Diterbitkan Disember 15, 2023 oleh ariff bukhari

Kerajaan India telah mengeluarkan amaran keselamatan tambahan minggu ini, khususnya terhdapa pengguna telefon pintar Samsung Galaxy.

Nasihat keselamatan daripada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer India (CERT-In) mendedahkan pelbagai kelemahan yang memberi kesan kepada berjuta-juta telefon Samsung Galaxy, merangkumi model lama dan baharu.

Dikeluarkan pada 13 Disember, amaran keselamatan dikategorikan sebagai berisiko tinggi yang menekankan keperluan mendesak bagi pengguna Samsung sedia ada untuk mengemas kini sistem operasi atau perisian tegar (firmware) telefon mereka dengan segera.

“Pelbagai kelemahan telah dilaporkan dalam produk Samsung yang membolehkan penyerang memintas sekatan keselamatan yang dilaksanakan, mengakses maklumat sensitif dan melaksanakan kod sewenang-wenangnya pada sistem yang disasarkan,” CERT-In.

Menurut laporan, sistem operasi yang terdedah kepada ancaman ini termasuklah Samsung Mobile Android versi 11, 12, 13 dan 14.

Kelemahan keselamatan peranti ini boleh menyebabkan berlakunya insiden penggodaman. Sekiranya penyerang siber menemui kelemahan itu, mereka boleh:

  • Mencuri kod rahsia telefon (PIN SIM).
  • Memberi arahan ke telefon (disiarkan dengan keistimewaan tinggi).
  • Lihat fail Emoji AR peribadi.
  • Tukar jam di pintu keselamatan (kunci Pengawal Knox).
  • Mengintip fail telefon (akses fail sewenang-wenangnya).
  • Mencuri maklumat penting (maklumat sensitif).
  • Kawal telefon mangsa seperti boneka (laksanakan kod sewenang-wenangnya).
  • Ambil alih keseluruhan telefon (kompromi sistem yang disasarkan).

Sehubungan itu, CERT-In menasihatkan pengguna telefon Samsung Galaxy untuk segera mengemas kini sistem operasi dan perisian tegar peranti mereka, seperti yang dicadangkan oleh laporan.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan model Samsung terdedah kepada potensi ancaman daripada penggodam.

Samsung telah mengeluarkan pembetulan kepada ancaman ini; Pengguna dinasihatkan untuk mendapatkannya secepat mungkin.

Kemas kini bagi menampal kelemahan keselamatan ini dijangka akan diterima semua pengguna telefon Galaxy secara berperingkat.

Berkaitan

  • Telefon Android Alami Kecacatan Keselamatan, Google Lepaskan Kemas Kini Kritikal
  • Cara Tetapkan "One-Time Passwords" Untuk Hotspot One UI 6
  • Meta Dan TikTok Laporkan Malaysia Minta Buang Lebih Banyak Kandungan Pada Tahun 2023

Sumber: NDTV, CERT-In, Samsung Mobile Security

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY