Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kerajaaan China Dilaporkan Menyekat Rakyatnya Mengakses Ke Portal Berita Dari A.S

Posted on Jun 10, 2019

Beberapa laman sesawang berita dari Amerika disekat oleh kerajaan China daripada dilayari rakyatnya.

Portal The Intercept melaporkan bahawa kerajaan Negara China telah menyekat beberapa laman sesawang berita dari Amerika Syarikat daripada diakses dari dalam negara tersebut.

Portal berita A.S yang telah disekat itu termasuklah The Guardian, the Washington Post, The Intercept, HuffPost, NBC News, the Toronto Star, the Christian Science Monitor dan Breitbart News.

Sekatan ke atas laman-laman sesawang tersebut mungkin ada kena mengena dengan perang perdagangan antara kerajaan China dan A.S serta sekatan A.S terhadap syarikat gergasi teknologi dari China, Huawei.

Sekatan ke atas laman sesawang A.S ini merupakan tindakan terbaru oleh China selepas mereka menyekat rakyatnya daripada menggunakan laman sosial popular termasuklah Facebook, Google, Gmail, Twitter dan Microsoft’s Bing.

Portal Wikipedia juga telah dihalang dari diakses oleh kerajaan China dalam bulan Mei baru-baru ini.

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress