Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Kini Menghalang Sepenuhnya Laman Wikipedia Daripada Diakses

China Kini Menghalang Sepenuhnya Laman Wikipedia Daripada Diakses

Diterbitkan Mei 15, 2019 · Dikemas kini Mei 15, 2019 oleh ariff bukhari

Tetapi, China bukanlah negara pertama yang berbuat demikian.

Negara China memang tidak asing dalam isu menghalang beberapa laman sesawang daripada diakses oleh rakyatnya.

Disebabkan tindakan kerajaannya itu, China diklasifikasikan sebagai antara negara yang mengawal ketat aktiviti internet rakyatnya.

Wikipedia adalah mangsa terbaru negara China. Menurut laporan oleh Open Observatory of Network Interference (OONI) pada awal Mei lalu, negara tersebut telah memasukkan ciri DNS khas bagi menghalang rakyatnya daripada mengakses laman Wikipedia.

Sebelum ini China memang telah sedia menghalang Wikipedia daripada diakses. Tetapi itu hanya terhad bagi edisi bahasa Cina sahaja.

Kini daripada semakan terbaru yang dibuat, Kerajaan China telah menghalang sepenuhnya untuk semua versi bahasa Wikipedia daripada diakses.

Walaubagaimanapun, Negara China bukanlah negara pertama yang berbuat demikian. Sebelum ini, negara-negara seperti Rusia, Arab Saudi dan Turki telah pun lebih dulu menghalang Wikipedia daripada diakses untuk tempoh masa tertentu.

Setakat ini, belum ada sebarang sebab diberikan oleh Kerajaan China atas tindakan tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY