Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pendakwah teknologi

“Kenyataan ‘Orang MCMC Makan Gaji Buta’ Adalah Sangat Tidak Betul” – Pendakwah Teknologi

Diterbitkan Disember 25, 2022 oleh ariff bukhari

Menerusi satu kenyataan yang ditulis oleh Pendakwah Teknologi di laman Facebook nya bagi menjawab dakwa netizen ‘orang-orang MCMC makan gaji buta’, beliau menyatakan bahawa kenyataan itu adalah sangat tidak betul.

Beliau dengan ikhlas menjelaskan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bukanlah satu agensi yang patut dipandang rendah.

Berpengalaman bekerjasama dengan MCMC bagi mengaudit pihak penyedia perkhidmatan internet, syarikat telekomunikasi dan pelbagai servis di negara ini, beliau menegaskan bahawa MCMC sangat tegas apabila melakukan sesuatu, terutamanya apabila melibatkan pematuhan.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • YTL Menang Anugerah Kualiti Perkhidmatan Terbaik Dan 3 Lagi Di MCMC Star Rating Awards 2021
  • KKD Kenal Pasti Kawasan Pedalaman, Pulau-Pulau Kurang Liputan Telekomunikasi

Menjawab persoalan mengapa masih ada lagi masalah-masalah telekomunikasi di negara kita dan isu-isu berkait yang tidak selesai, beliau berkata, pihak MCMC menerima aduan yang sangat banyak.

Malah beliau menyatakan, setakat bulan September 2022 sahaja, terdapat hampir 60,000 aduan berkaitan isu servis telekomunikasi dan internet telah diterima oleh pihak MCMC.

Beliau menjelaskan, tulisan beliau bagi menjelaskan perkara ini bukanlah sebab MCMC mengarahkan beliau.

Malah secara berseloroh beliau menyatakan bahawa pihak MCMC juga sudah lama geram pada beliau sebab banyak mempersoalkan pelbagai perkara berkaitan isu-isu perkhidmatan telekomunikasi negara.

Apa yang cuba disampaikan beliau adalah bagi menjelaskan kepada orang awam supaya memahami apa yang dilakukan oleh pihak MCMC.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY