Diameter matahari dianggarkan sekitar 1,391,980 km. Menurut ahli sains, teras matahari membebaskan tenaga bersamaan 100 billion bom atom per saat. Tetapi kerana tarikan gaviti yang terlalu kuat menyebabkan matahari tidak musnah.
Kepanasan permukaan matahari secara konsisten dianggarkan sekitar 6,000 darjah selsius. Tetapi menjadi misteri kepada ahli astrofizik (pengkaji fenomena angkasa lepas) sehingga sekarang adalah mengapa suhu di atmosfera matahari yang dikenali sebagai korona adalah beribu kali ganda lebih panas dari permukaannya.
Dianggarkan bahawa suhu kepanasan di bahagian korona matahari adalah setinggi 15,000,000 darjah selsius.
Baca juga: Ini Adalah Imej Matahari Dalam Resolusi Tertinggi Yang Pernah Diambil Setakat Ini
Tetapi, terdapat satu teori yang menjelaskan keadaan tersebut. Menurut teori yang dikenali sebagai teori Alfvén, ledakan gelombang magnetik plasma (gelombang Alfvén) dari permukaan matahari (fotosfera) sehingga meletus ke bahagian ke korona didakwa sebagai penyebab terhasilnya suhu yang sangat tinggi di bahagian tersebut.
Tetapi kini selepas hampir 80 tahun teori tersebut diperkatakan, ahli sains moden kini telah berjaya membuktikan bahawa teori Alfvén itu adalah benar.
Teori itu dibuktikan dengan bantuan instrument teknologi Interferometric Bidimensional Spectropolarimeter (IBIS) bagi merakam imej spectroscopy yang dipasang di Teleskop Solar Dunn.
Pemerhatian menerusi teleskop itu dengan bantuan simulasi komputer serta kerjasama dari pelbagai pasukan sainstis dari 7 institusi penyelidikan antarabangsa telah berjaya membuktikan teori Alfvén itu.
Teori Alfvén yang berkaitan dengan kajian mengapa suhu korona lebih panas berbanding fotosfera pertama kali muncul pada tahun 1942. Teori itu adalah cetusan daripada seorang saintis dari Negara Sweden yang bernama Hannes Alfvén.
Teori itu membolehkan beliau dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang fizik dalam tahun 1970.
Baca juga: NASA Memperlihatkan Video Selang Masa 10 Tahun Matahari Yang Dirakam Kapal Angkasa SDO