Imej matahari ini diambil menerusi teleskop terbesar di dunia yang terletak di Maui, Hawaii.
Teleskop solar terbesar di dunia, Daniel K. Inouye (DKIST) yang terletak di Maui, Hawaii telah berjaya mengambil foto matahari dalam resolusi tertinggi yang pernah diambil setakat ini.
Imej tersebut menunjukkan, setiap sel di atas permukaan matahari itu secara kasar saiznya adalah bersamaan dengan sebuah negeri Texas, A.S.
“We have now seen the smallest details on the largest object in our solar system” Thomas Rimmele, Pengarah DKIST.
Teleskop solar Daniel K. Inouye yang terletak di Maui, Hawaii itu baru sahaja dibuka dalam tahun 2019 lalu. Ia terletak pada ketinggian lebih daripada 3,000 meter dari aras laut.
DKIST direka secara khusus bagi mengambil ukuran tepat medan magnetik matahari melepasi aras corona matahari bagi menjawab persoalan-persoalan misteri sains seperti mengapa corona berjuta kali darjah lebih panas berbanding permukaan matahari.
Melihat terus kepada matahari pula akan boleh menyebabkan teleskop itu cair dengan segera. Jadi, bagi menyejukkan teleskop gergasi itu, ia dilengkapi dengan sistem paip penyejukkan sepanjang 7.5 batu serta sebuah tangki sebesar kolam renang yang dipenuhi dengan ais.
https://www.youtube.com/watch?v=YTY9LhSNyMI&feature=youtu.be
Sumber: MIT Technology Review
Berkaitan
- Buat Pertama Kalinya Imej Permukaan Planet Zuhrah Berjaya Dirakam NASA Dari Angkasa Lepas
- Agensi Angkasa Malaysia Sahkan Kejadian Ribut Solar Kelas G2 Melanda Bumi
- Stesen Angkasa Lepas Pertama India Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2030 Nanti
- 4 Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra Dihantar Ke Angkasa Untuk Merakam Foto Bumi
- MYSA Telah Melancarkan 5 Sistem Aplikasi Berteraskan Teknologi Angkasa Baharu Pada 2023
- Mari Kenali Satelit – Teleskop Angkasa Hubble
- Penerbangan Ke-2 Melancong Ke Angkasa Lepas Akan Di Lancar Virgin Galactic Bulan Depan
- RUU Lembaga Angkasa Malaysia [Akta 834] Diluluskan
- Satelit Papan Lapis Pertama Di Dunia Akan Dilancarkan Ke Angkasa Lepas Tahun Ini
- Umur Matahari Ada 7 Bilion Tahun Lagi, Sedang Berada Dalam Fasa Stabil - Agensi Angkasa Eropah