Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kabel ferrite bead

Kenapa Ada Bonggol Ni Pada Sesetengah Kabel Peranti Elektronik? Ini Penjelasannya

Diterbitkan Jun 11, 2025 · Dikemas kini Jun 11, 2025 oleh ariff bukhari

Pernah tak anda perasan ada bonggol kecil berwarna hitam di hujung sesetengah kabel, seperti kabel pengecas atau kabel monitor?

Ia kelihatan biasa saja, tapi  bonggol itu sebenarnya memiliki nama yang dikenali sebagai “ferrite bead” – satu komponen penting yang berfungsi melindungi peranti elektronik daripada gangguan gelombang elektromagnet (EMI).

Walaupun kecil dan sering diabaikan pengguna, ferrite bead sebenarnya memainkan peranan besar dalam memastikan dunia digital kita berjalan lancar dan stabil.

kabel ferrite bead 1
Ferrite beads biasa digunakan pada kabel seperti USB, HDMI dan sistem audio/video untuk mengurangkan EMI dan memastikan integriti isyarat.

Ferrite bead diperbuat daripada bahan besi khas yang dipanggil ferrite, iaitu gabungan seramik besi oksida dan logam lain.

Ia biasanya berbentuk silinder atau toroid, dengan wayar melaluinya.

Tugas utamanya adalah untuk menapis bunyi berfrekuensi tinggi dalam talian bekalan kuasa dan menghalangnya daripada merebak dalam litar elektronik, mengurangkan gangguan dan memberikan integriti isyarat dalam peranti elektronik.

Dalam bahasa mudah, ia membantu mengelakkan isu seperti skrin berkelip, bunyi berdengung dalam audio, atau gangguan semasa pemindahan data.

kabel ferrite bead
Peranti tetikus berwayar pun ada dilengkapi dengan ferrite bead ini.

Apa yang ferrite bead lakukan ialah ia menyerap “bunyi elektronik” yang tidak diperlukan, dan menukarkannya kepada haba yang tidak membahayakan, sambil membenarkan isyarat penting seperti data dan kuasa terus mengalir dengan lancar.

Apa yang dapat disimpulkan, ferrite bead adalah wira kecil yang tersembunyi di depan mata, memastikan tiada gangguan dalam sambungan elektronik harian kita.

Ia  merupakan komponen penting dalam elektronik untuk mengurangkan gangguan elektromagnet (EMI) dan memastikan isyarat kekal stabil.

Dengan kemajuan teknologi dan peningkatan frekuensi operasi peranti moden, ferrite bead menjadi semakin penting yang membantu memastikan peranti elektronik berfungsi dengan stabil dan bebas gangguan dalam persekitaran elektromagnet yang semakin kompleks.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Jangan Cas Telefon Pintar Anda Dengan Port Pengecas USB Di Lapangan Terbang - TSA
  • U Mobile Pilih OCK Untuk Pelaksanaan Infrastruktur 5G Dalam Bangunan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY