Kenali Maybank MAE Dan Apa Ciri Yang Ditawarkan Untuk Anda

Maybank sedia memperkenalkan dompet digital mereka beberapa bulan yang lalu, dikenali sebagai MAE yang turut menggunakan aplikasi Maybank2U agar ia lebih mudah untuk diakses. MAE merupakan singkatan kepada Maybank Anytime Everyone, dicipta untuk memudahkan urusan anda tanpa perlu pergi ke cawangan bank.

MAE menawarkan sokongan daripada dompet digital untuk memudahkan anda melakukan transaksi dengan lebih cepat dan ia boleh dimohon melalui Maybank2u pada bila-bila masa sahaja, terbuka kepada semua orang termasuklah yang belum menjadi pelanggan Maybank.



Anda tidak memerlukan akaun Maybank untuk berdaftar

Apa yang tambah menarik mengenai MAE ini, ia membolehkan pengguna di seluruh negara untuk menggunakan dompet digital ini dengan membuat transaksi tanpa tunai di pelbagai tempat.

Warga asing yang berusia 12 tahun ke atas juga ditawarkan untuk menggunakan MAE, sama ada membuka akaun bank baru mahupun pelanggan yang sudah pun berdaftar sebelumnya.

Apabila baru mendaftar, anda akan mendapat nombor akaun Maybank dan kad debit Visa maya yang juga boleh digunakan melalui sokongan Maybank Pay atau Samsung Pay. Ini bermakna ia akan disertakan sekali dengan tarikh luput dan kod CVC.

Anda boleh menggunakan MAE untuk membayar di lebih daripada 200,000 pedagang QR Pay. MAE juga membolehkan anda untuk merekod dan melihat semula transaksi pembayaran yang telah dilakukan.

Kelebihan MAE yang boleh dimanfaatkan



Ia membolehkan anda untuk menikmati pengalaman menonton wayang dengan mendapatkan tiket dan tempat duduk selesa di mana-mana cawangan TGV dan MBO di seluruh negara.

Selain itu, ciri-ciri kehidupan yang lebih menyenangkan dengan kelebihan penggunaan MAE ini adalah di mana anda boleh mendapatkan tawaran tiket penerbangan dengan harga yang lebih berpatutan.

Apabila anda memilih MAE, anda diberi peluang untuk menerima lebih ganjaran dengan memenangi hadiah percuma, misalnya dengan menjemput rakan-rakan untuk bermain Money MAE-hem yang memaparkan permainan di mana anda menekan pada syiling sambil mengelak daripada bom dan dapatkan pulangan wang yang banyak.

Memudahkan urusan pembahagian wang untuk pembayaran



Adakah anda dibenarkan untuk membuat pembahagian wang dengan rakan-rakan?

Ya, anda boleh membuat pembahagian bil, meminta dan menghantar wang kepada mereka dan berkongsi segala butiran melalui Whatsapp, Telegram, Messenger dan sebagainya. Rakan-rakan dan keluarga anda diberikan masa selama 30 hari untuk melakukan pembayaran pembahagian tersebut kepada anda.

Di samping itu, anda juga boleh membuat pembayaran bil dan membeli top-up dengan MAE.



Secara keseluruhannya, ini mungkin cara paling mudah untuk membuka akaun Maybank dengan kemudahan tambahan kad debit Visa maya dan dompet digital. Tidak perlu pergi ke cawangan Maybank fizikal dan tidak ada caj bank bulanan atau yuran transaksi untuk menggunakan MAE.

Setelah menjadi bank pertama yang memperkenalkan perbankan Internet dan mudah alih di Malaysia, Maybank sedang berusaha untuk mempelbagaikan lagi ciri-ciri dompet digital mereka. Dicipta dari awal untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia, Maybank mempertaruhkan MAE untuk membantu menjadikan perbankan lebih mudah, lebih cepat, dan lebih menyeronokkan.



Akaun MAE ini akan ditutup secara automatiknya selepas 90 hari jika anda tidak melakukan apa-apa aktiviti, tiada bayaran akan dikenakan.

Untuk memulakan, anda boleh memuat turun aplikasi Maybank2U di Apple AppStore atau Google Play dan boleh mengetahui lebih lanjut mengenainya di laman web rasmi MAE.