Kenali Hashtag Yang Dilarang Di Instagram

Kepada anda yang tidak tahu, Instagram memang sering menyekat hashtag yang dianggap sensitif olehnya. Namun, selain yang sensitif, Instagram juga menyekat beberapa hashtag yang pada maksudnya dianggap umum, sebagai contohnya 'alone' yang membawa maksud "sendiri'.

Setakat ini sudah 114 riibu hashtag telah disekat oleh Instagram. Sekiranya anda sedang mencari Hashtag, dan ingin mengetahui sama ada ianya telah disekat ataupun tidak, boleh sahaja guna cara berikut.

  • Masuk ke kolum search pada aplikasi Instagram.

  • Di search bar, taip hashtag yang anda ingin kenalpasti.

  • Jika hashtag tersebut tidak muncul di hasil pencarian, bererti hashtag tersebut dilarang oleh Instagram.

  • Namun, ada juga hashtag yang muncul di hasil pencarian, namun jika anda klik dan tiada muncul gambar apapun. Ini juga bererti hashtag tersebut telah dilarang oleh Instagram.

  • Walaupun begitu, hashtag tidak akan sentiasa disekat secara kekal oleh Instagram, berkemungkinan ianya hanya disekat secara sementara waktu sahaja.


Itulah sahaja sedikit info berkenaan Hashtag pada Instagram, mohon hati-hati ketika membuat hashtag, jangan disebabkan oleh hashtag akaun anda mengalami masalah.