Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (58)

Kenali Apa Itu Program Kesetiaan Touch ‘n Go GOrewards

Diterbitkan November 9, 2023 oleh Muhd Idham

TnG Digital baru-baru ini telah melancarkan program baharu yang dikenali sebagai GOrewards yang boleh didapati di aplikasi TnG eWallet bermula hari ini.

Phone Wallpaper (3)

 

Program GOrewards ini bertujuan untuk memberikan nilai kepada wang yang telah dibelanjakan oleh pengguna aplikasi TnG eWallet dengan cara mengumpul mata daripada transaksi perbelanjaan harian, beli-belah dalam talian dan pembayaran bil atau insurans.

Pengguna boleh mendapat satu mata untuk setiap perbelanjaan RM1 manakala mata bonus akan diberikan bagi perbelanjaan bersama rakan kongsi Touch ‘n Go dalam tempoh yang tertentu.

Malangnya, penebusan mata ini tidak layak untuk perbelanjaan bayaran tol dan tempat letak kereta melalui PayDirect serta RFID buat masa sekarang.

Mata yang dikumpul kemudiannya boleh ditebus untuk ganjaran yang ditawarkan TnG eWallet termasuk sekali dengan e-voucher, cabutan bertuah, Alipay+ Rewards dan produk fizikal.

WhatsApp Image 2023-11-09 at 15.28.01
WhatsApp Image 2023-11-09 at 15.28.02 (1)
WhatsApp Image 2023-11-09 at 15.28.02 (2)

Sehubungan dengan itu, pengguna boleh tekan ikon GOrewards yang terletak di bawah bar navigasi dalam aplikasi TnG eWallet untuk melihat ganjaran yang ditawarkan, baki mata, sejarah transaksi mata dan tarikh tamat tempoh mata yang hanya sah untuk 6 bulan sahaja dari bulan mata itu diperoleh.

Screenshot 2023-11-09 152044

Bermula daripada 6 November 2023, pengguna TnG eWallet akan memperoleh

  • 6x mata bonus daripada Kenny Rogers Roasters dan ZUS Coffee.
  • 5x mata bonus daripada Baskbear dan Tealive.
  • 2x mata bonus daripada 7-Eleven, BHP, CTOS, CelcomDigi, Taco Bell dan Watsons.
  • 10x mata bonus daripada pembelian produk insurans eWallet mulai 14 November.

Untuk pengetahuan lanjut tentang program GOrewards ini, sila layari laman web rasmi Touch ‘n Go.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • POCO C65 Boleh Dibeli Serendah RM449 Sahaja
  • Sejauh Mana Anda Boleh Elak 'Scam'? Cuba Kuiz Ini
  • CelcomDigi 5G Tawar Data 111GB Pada Harga RM6 Sahaja

Sumber: Touch ‘n Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY