Kemaskini Google Translate Memperkenalkan Terjemahan Inggeris/Jepun Menggunakan Kamera

Google telah mengemaskini aplikasi Translate untuk kedua-dua platform Android dan iOS. Melalui kemaskini baru ini, Google telah menambah fungsi dimana pengguna dapat menggunakan kamera peranti mereka untuk menterjemahkan bahasa dari Inggeris ke Jepun. Ya, bahasa Inggeris dan Jepun sahaja setakat ini.

Jika anda bercadang untuk berkunjung ke Jepun, aplikasi ini sememangnya berguna. Hanya ambil gambar tulisan bahasa Jepun dan aplikasi ini akan terus menterjemah ke bahasa Inggeris dengan mudah. Ianya juga berfungsi untuk terjemahan dari jepun ke inggeris.

Tidak dapat dipastikan sama ada Google akan menambah lebih banyak bahasa kedalam aplikasi ini.

Untitled
Sumber: Android Police