Menghidupkan mod tersebut akan mengurangkan kualiti visual dan secara serentak resolusi juga akan berkurangan. Walaupun begitu, ipad Pro yang menjalankan Fortnite kini boleh mengalahkan prestasi konsol seperti PS4 dan XBox One yang hanya terhad kepada 60 fps.
Dalam kemaskini v11.40.1 ini juga, butang thumbstick kini menerima sokongan iOS 13 dan ke atas. Fortnite pada iOS telah menjadi alternatif permainan mudah alih yang popular untuk permainan PC dan konsol, yang menawarkan pengguna peluang untuk bermain mod "Battle Royale" di mana-mana sahaja.
Dilancarkan pada mulanya sebagai versi beta untuk iOS pada Mac 2018 dan kemudian Fortnite mula berkembang pada April tahun yang sama. Aplikasi telefon pintar difokuskan sepenuhnya pada mod Fortnite PvP Battle Royale, tetapi versi permainan konsol dan desktop juga termasuk mod PvE yang dikenali sebagai Save the World.
Epic pertama kali menambah sokongan 60 fps untuk Fortnite pada iOS dengan pelancaran iPhone XS dan XR pada 2018. Pada masa itu, ia adalah satu-satunya cara untuk bermain permainan dengan mod 60 fps di mana sahaja. Bagi versi Nintendo Switch, ia hanya terhad kepada 30 fps, walaupun banyak telefon Android yang kini menyokong kadar frame yang lebih tinggi.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Kuo: Jualan Telefon Pintar Xiaomi Pada 2023 Mungkin Lebih Rendah Daripada Jangkaan
- Mi 10T Pro Akan Dijual Bermula 9 Oktober, Berpeluang Menang Mi TV 55"
- Pelajar Kini Boleh Daftar Program Generasi E-Sukan Sekolah (GES2021)
- Kuo: Harga Jauh Lebih Tinggi, iPad Boleh Lipat Mungkin Bukan Pengganti iPad Mini
- Tiada Warna Emas, iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Dua Warna Baru
- MacBook Pro Dengan Cip M3 Akan Terima Sokongan Dua Paparan
- Promosi 11.11: Xiaomi Tawar Pelbagai Produk Dengan Diskaun Sehingga 47%
- Samsung Dilapor Akan Menghasilkan Cip Pemproses 3nm
- Amazfit Tawar Pelbagai Produk Dengan Potongan Harga Sehingga 26%
- iPad Air 2020 Bakal Hadir Dengan Sambungan Port USB-C