Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Akhirnya Tiba Untuk Sony Xperia C5 Ultra

Sony Xperia C5 Ultra akhirnya akan menerima kemaskini Android 6.0 Marsmallow selepas setahun Sony mengumumkan Mashmallow akan datang ke peranti mereka. C5 Ultra akan ditambah ke market share Marshmallow bersama telefon pintar yang lain yang dianggarkan sebanyak 18.7% pada September tahun ini.



Ianya dilancarkan pertama kali dengan Android 5.0 Lollipop dan seterusnya dengan kemaskini Android 5.1 pada Januari lepas. Selepas 9 bulan, akhirnya mereka akan dapat kemaskini Marshmallow.



Sony Experia C5 Ultra tidak datang dengan satu model sahaja, variasi model SIM E5553 and E5506 akan menerima Android 6.0 Marshmallow dengan nombor binaan 29.2.A.0.122 sementara pengguna model dual-SIM E5533 dan E5563 akan mendapat kemaskini Marshmallow dengan nombor binaan 29.2.B.0.122.