Julian Lennon akan melelong barang memorabilia The Beatles dan John Lennon dalam bentuk NFT dalam sebuah acara yang dinamakan Lennon Collection: The NFT Collection pada 7 Februari ini.
Julian Lennon ialah anak tunggal hasil perkahwinan John Lennon dengan isteri pertamanya, Cynthia. Lagu Hey Jude ditulis oleh Paul McCartney untuk Julian ketika Lennon dan Cynthia dalam proses penceraian.
Antara barang yang bakal dilelong ialah kot yang dipakai John Lennon untuk rancangan Magical Mystery Tour, jubah hitam yang dipakai mendiang dalam filem Help, tiga gitar Gibson yang diserahkan beliau pada Julian dan nota lagu tulisan tangan Paul McCartney.
Registration and Bidding is now open for Lennon Connection: The NFT Collection. In collaboration with @JuliensAuctions x @YellowHeartNFT , a portion of the proceeds will be donated to @TWFFofficial to offset carbon via @nori. Learn more at https://t.co/6l5nzO1CHJ pic.twitter.com/bvG7EHAX88
— Julian Lennon (@JulianLennon) January 24, 2022
Bagaimanapun, kesemuanya tidak akan dijual secara fizikal, hanya dalam bentuk NFT. Ini bermakna barang-barang ini masih akan disimpan oleh Julian namun gambar-gambar NFT-nya akan menjadi milik pembeli.
Setiap NFT juga akan ditawarkan sebagai koleksi audio-visual yang menyertakan suara Julian Lennon sebagai penglipur lara bersama imej yang dijual.
Nota lagu Hey Jude dalam bentuk NFT akan dijual bermula sekitar RM125,000 ($30,000), manakala gitar bermula sekitar RM16 ribu ($4,000). Tetapi, semuanya dijangka akan mencapai jauh lebih tinggi apabila dibida kelak.
Sebagai hasil lelongan ini akan disalurkan ke White Feather Foundation, sebuah yayasan oleh Julian sendiri yang memfokuskan isu berkaitan alam sekitar dan kemanusiaan.
Baca juga: