Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pesaing iOS Dan Android? India Mahu Bangunkan Sistem Operasi Sendiri

Pesaing iOS Dan Android? India Mahu Bangunkan Sistem Operasi Sendiri

Diterbitkan Januari 26, 2022 oleh Amsyar Latif

Kementerian Teknologi Maklumat dan Elektronik India kini mengumumkan mahu membangunkan sistem operasi kebangsaan yang mana boleh bersaing rapat dengan Google Android dan Apple iOS.

Menterinya, Rajeev Chandrasekhar berkata langkah ini secara tidak langsung menggalakkan industri teknologi dan institusi akademik untuk berkolaborasi dalam membangunkan sistem operasi buatan sendiri.

Kerajaan India juga kini sedang mencari institusi akademik dan syarikat pemula mana yang mampu dalam merealisasikan projek tersebut. Selain itu, ekosistem yang mahu dicipta ini turut disasarkan khusus untuk pengguna tempatan kerana pasaran India dilihat besar, mirip China.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India Narenda Modi juga ingin memantapkan lagi industri teknologi di negara mereka.

Bagaimanapun, menurut penganalisis Jack Gold, langkah yang mahu dibuat India ini bukanlah boleh memberikan saingan sebenar buat iOS mahupun Android.

Ini kerana ramai pengguna masih bergantung pada aplikasi seperti Facebook, Google, TikTok, Instagram, Twitter dan lain-lain. Jika aplikasi popular seperti itu tidak ditawarkan, pengguna tidak akan berminat untuk menggunakan sistem operasi buatan sendiri.

India bukanlah China di mana rakyat mereka memang tidak bergantung pada Google. Tambahan lagi, sekiranya tiada pembangun yang mahu menerbitkan aplikasi mereka buat sistem operasi India itu, berkemungkinan skripnya sama seperti BlackBerry, Symbian, Windows Phone dan banyak lagi.

Sumber: The Economic Times

Baca juga:

  • Xiaomi Failkan Tanda Dagang Logo Baharu, Bernilai ~RM1.3 Juta

  • Kad Touch ‘n Go Dengan NFC Akan Diperkenalkan Untuk Mudahkan Tambah Nilai

  • Kelemahan Sekuriti OpenSea Punca NFT Bernilai Lebih 1$ Juta Dicuri Penggodam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY