Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (23)

Kemas Kini Beta PS5 Terbaru Pertingkat Kualiti Penggunaan DualSense

Diterbitkan Februari 7, 2024 oleh Muhd Idham

Bersempena dengan kemasukan permainan baharu pada tahun 2024 untuk konsol PS5 seperti The Last of Us Part II Remastered, Tekken 8 dan FINAL FANTASY VII Rebirth, PS5 kini telah membuat pembaharuan terhadap sistem perisian beta mereka bagi meningkatkan kualiti permainan.

Antaranya adalah pembesar suara untuk DualSense yang mana ia kini mampu untuk mengeluarkan output bunyi yang lebih tinggi dengan penyelaras bunyi dalam permainan serta sembang suara supaya ia lebih jelas.

Selain itu, alat kawalan DualSense juga dipertingkatkan dari sudut mikrofon di mana ia akan disokong teknologi kecerdasan buatan untuk membatalkan bunyi hingar yang dihasilkan daripada tekanan butang dan pembesar suara DualSense.

Tambahan lagi, pemain PS5 yang berkongsi skrin dalam mod paparan skrin besar, penontonnya kini mampu untuk menggunakan penunjuk dan emoji untuk berinteraksi dalam paparan permainan seseorang hos itu.

Kemas Kini Beta PS5 Terbaru Pertingkat Kualiti Penggunaan DualSense

PS5 Beta juga turut menampilkan tetapan terbaru di mana penggunanya kini boleh menyelaraskan tahap kecerahan lampu untuk PS5 Power Indicator.

Kemas Kini Beta PS5 Terbaru Pertingkat Kualiti Penggunaan DualSense

Bagi anda yang berminat untuk merasai pengalaman permainan bersama PS5 beta, sila daftar butiran anda di laman web PlayStation dan ikuti langkah yang diberi.

Beli PlayStation 5 di:

Shopee – https://invl.io/clkp93m

Berkaitan

  • Inovasi 'Blue Technology' Perkukuhkan Lagi Barisan Peranti vivo
  • Pelancaran Global Siri Xiaomi 14 Akan Berlangsung 25 Februari
  • Tencent Dilapor Sedang Bangunkan Permainan 'Elden Ring Mobile'
  • Jangan Pakai Apple Vision Pro Semasa Memandu - Apple

Sumber: PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY