5 Smart TV 4K Terbaik Yang Boleh Anda Beli Bawah RM2000

Saya pasti ramai dikalangan pembaca yang sudah sedang mencari smart TV yang berbaloi, berkuasa tetapi pada harga yang mampu milik dan mesra poket.

Oleh itu, saya sangat bersenang hati untuk berkongsikan kepada anda akan 5 smart TV dengan resolusi 4K bawah RM2,000 yang boleh dibeli.

**Harga 'smart' TV yang dinyatakan di bawah ini adalah ketika artikel ini ditulis. Sebarang perubahan harga boleh berlaku pada masa akan datang.

{snap}

Samsung BU8100 Crystal UHD Smart TV




TV pertama dalam senarai ini adalah Samsung BU81000 (UA43BU8100KXXM) yang hadir dengan saiz 43" dan menggunakan Samsung Crystal Processor 4K.

Selain itu, TV ini menawarkan ciri kadar segar semula 60Hz, dilengkapi panel LED dan dijual pada tanda harga RM1,999 sahaja dengan 2 tahun waranti

Sekiranya anda inginkan saiz yang lebih besar, anda boleh mempertimbangkan Samsung AU7700 4K UHD Smart TV yang hadir dengan saiz 50" pada harga RM2,059 sahaja.

Beli di Shopee

{snap}

LG 43" 4K Smart UHD TV UQ75 Series




TV LG (43UQ7550PSF) ini baharu sahaja dilancarkan pada tahun 2022 lepas, hadir dalam binaan yang nipis dan efisien melalui ciri AI yang ada padanya.

Menarinya lagi, ia hadir dalam resolusi 4K, bersaiz 43" dan ciri ThinQ AI nya membuatkan pengalaman anda menggunakan TV lebih mudah.

Tidak lupa juga yang ia menyokong Google Assistant, Amazon Alexa, Apple AirPlay dan mempunyai 2 tahun waranti. Anda boleh membeli TV LG ini pada harga RM1,899 sahaja.

Beli di Shopee

{snap}

Hisense 4K Google UHD TV A6500H




TV pintar daripada Hisense ini menawarkan saiz 55" dengan harga jualan RM1,929, resolusi 4K UHD dan sudah semestinya menyokong ciri Google TV untuk anda.

Menariknya, alat kawalannya menyokong kawalan suara di mana TV Hisense ini akan menjawab sebarang arahan yang diberikan melalui butang mikrofon padanya.

Beli di Shopee

{snap}

Toshiba Smart 4K UHD Google TV C350L




Toshiba C350L ini menawarkan sebuah TV dengan pengalaman 4K yang mengasyikkan melalui Regza Engine 4K, HDR 10, Regza Power Audio dan Dolby-Vision Atmos.

C350L ini dijual pada harga RM1,879 untuk saiz 50" besarnya. Walau bagaimanapun, anda boleh pertimbangkan untuk membeli Toshiba TV M550L bersaiz 50" pada harga RM2,029.

Hal ini demikian kerana teknologi Quantum Dot 4K pada M550L menawarkan lebih 1 bilion warna pada panel paparannya.

Beli di Shopee

{snap}

TCL 4K UHD LED Android Smart AI TV 55P615



TCL adalah sebuah jenama TV yang berkualiti tetapi tidak terlalu dikenali dalam pasaran kita ini. TCL 55P615 adalah sebuah TV 2 dalam satu - Android + Smart TV.

Ia hadir dalam saiz 55", waranti selama 2 tahun dan dijual pada harga RM1,699 sahaja.