Boram adalah bintang YouTube kanak-kanak dari Korea Selatan yang memiliki lebih daripada 30 juta pengikut.
Berdasarkan laporan oleh Maeil Business Newspaper baru-baru ini, keluarga bintang YouTube kanak-kanak, Boram dilaporkan telah membeli bangunan 5 Tingkat seluas 258.3 meter persegi yang berharga lebih daripada USD8 juta.
Mereka dilaporkan telah menjadi pemilik sah bangunan tersebut yang terletak di dalam daerah mewah Gangnam, Korea Selatan sejak April lalu.
Boram merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia 6 tahun. Beliau dan keluarganya menguruskan 2 saluran YouTube iaitu Boram Tube ToysReview dan Boram Tube Vlog.
Menerusi 2 saluran YouTube ini telah menjadikan kanak-kanak ini sebagai salah seorang selebriti Youtube paling popular di dunia. Bagi saluran YouTube Boram Tube ToysReview, beliau mempunyai jumlah pengikut lebih daripada 13 juta. Manakala saluran Boram Tube Vlog pula memiliki lebih daripada 17 juta pengikut.
Menurut data analitik dari Social Blade, hasil pendapatan terkumpul yang diperolehi Boram dan keluarganya menerusi 2 saluran YouTube itu secara purata adalah sekitar USD3.1 juta sebulan.
https://www.youtube.com/watch?v=Ran55MRteTQ
Sumber: Inquirer
Berkaitan
- YouTube Sedang Bermasalah Dengan 'Thumbnail'
- YouTuber China Hasilkan Peranti Bank Kuasa "Mudah Alih" Berkapasiti 27,000,000mAh
- Saluran YouTube Popular Dikesan Menyebar Pemasang Pelayar Tor Diragui
- Google Menyambung Sekatan Ke Atas Saluran YouTube Trump
- YouTube Membangunkan Unit Perkakasan Mengubah Kualiti Videonya Sendiri
- Instagram Dalam Diam Akui Mereka Ketinggalan Dibelakang TikTok Dan YouTube
- Ini Senarai 10 Video YouTube Paling Sohor Kini Di Malaysia Sepanjang 2022
- YouTube Jadi Perlahan? Cuba 2 'Adblock' Alternatif Ini
- Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10
- GAS Syorkan Lesen Khas Untuk Pemilik Akaun YouTube