YouTuber China Hasilkan Peranti Bank Kuasa "Mudah Alih" Berkapasiti 27,000,000mAh

Seorang YouTuber dari China bernama Handy Geng telah membina sebuah peranti bank kuasa berkapsiti 27,000,000-mAh. Beliau mengambil keputusan untuk membina bank kuasa gergasi itu selepas tidak gembira dengan kawan-kawannya yang memiliki bank kuasa berkapasiti yang lebih tinggi dimilikinya.

Dengan kemahiran yang ada, beliau mengambil keputusan untuk membina sendiri bank kuasa gergasi tersebut. Saiz bank kuasa gergasi "mudah alihnya" itu adalah sekitar 180cm kali 120cm kali 30cm.

Kapasiti bank kuasa miliknya itu adalah bersamaan dengan 900 bank kuasa normal yang banyak dijual di pasaran ketika ini.

Kapasiti bank kuasa itu mampu mengecas sehingga 5,000 unit telefon pintar yang miliki bateri 3,000mAh.

Tidak sekadar itu, bank bateri gergasi itu juga boleh digunakan untuk mengecas komputer riba, basikal elektrik, menghidupkan televisyen dan mesin basuh.

https://www.youtube.com/watch?v=-oilA8nLfsk

Sumber: Kotaku