Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kekalkan Konsep Seperti SMS, Twitter Tidak Akan Sediakan Fungsi Suntingan

Kekalkan Konsep Seperti SMS, Twitter Tidak Akan Sediakan Fungsi Suntingan

Diterbitkan Januari 16, 2020 ยท Dikemas kini Januari 16, 2020 oleh Amalina Athman

Dalam satu video temubual Wired yang diterbitkan pada Selasa lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter dan pengasas bersama Jack Dorsey, telah menjawab beberapa siri soalan dari pengguna yang menggunakan platform tersebut. Salah satu soalan yang menarik perhatian adalah berkenaan butang suntingan seperti yang dilakukan Facebook dan Instagram pada hantaran platform tersebut.

Twitter

Menurut Dorsey, Twitter tidak akan menambah sokongan butang suntingan pada ciapan Twitter. Katanya lagi, mereka bermula sebagai perkhidmatan pesanan teks SMS dan apabila menghantar SMS, pengguna tidak boleh menyuntingnya kembali. Jadi, mereka ingin mengekalkan konsep tersebut.

Di samping itu, beliau sedar bahawa butang suntingan di Twitter akan membantu membetulkan pautan yang salah atau tamat tempoh, kesilapan ejaan dan mengambil kira kemungkinan membenarkan ciapan disunting beberapa minit selepas disiarkan.

Namun, beliau percaya bahawa butang suntingan boleh menyebabkan penyalahgunaan seperti maklumat yang salah. Sebagai contoh, anda mungkin menghantar ciapan di Twitter dan seseorang telah mengulang kicau ciapan tersebut. Kemudian, selepas beberapa jam anda telah menukar kandungan ciapan tersebut dan ini bermakna mereka telah mengulang kicau ciapan yang berbeza dari yang asal.

Walaupun ia sesuatu yang boleh dipertimbangkan, namun menurutnya, mereka mungkin tidak akan melakukannya.

Untuk mengetahui siri soalan lain dalam temubual tersebut, anda boleh menonton video di bawah ini.

Sumber: CNET, Youtube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY