Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Action 2 KV – Outdoors 06 (Hike – lanyard)

Kamera ‘Comel’ Dari DJI Masuk Malaysia

Diterbitkan Oktober 29, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Dengan berat serendah 56 gram dan saiznya yang kompak, ia boleh dipasang pada topi keledar, untuk merakam aksi tunggangan motosikal atau disematkan pada baju dengan sempurna membolehkan pengguna melakukan aktiviti dan membuat rakaman pada masa yang sama dengan lebih bebas. Sama ada untuk ‘vlogging’ mahupun sukan ekstrem, DJI Action 2 sedia digunakan untuk aktiviti lasak kerana ia kalis habuk, kalis air dan kalis impak jatuh.

DJI Action 2 KV – Studio 03 (In hand)

DJI Action 2 terdiri daripada sebuah unit kamera dan pelbagai modul, iaitu modul skrin sentuh hadapan, modul kuasa, dan aneka peralatan lain yang dapat diganti suai. Unit kameranya menampilkan skrin sentuh OLED 1.76 inci dan dilindungi dengan Gorilla Glass. Selain itu, ia juga hadir dengan fungsi SnapShot di mana pengguna dapat menghidupkan kamera dan mula merakam dalam tempoh satu saat sahaja dengan menekan butang kuasa secara berterusan.

DJI Action 2 boleh dibeli mulai hari ini melalui pelbagai platform seperti kedai dalam talian rasmi DJI di Lazada dan Shopee dan termasuk kedai-kedai terpilih. DJI Action 2 Dual-Screen Combo dijual pada harga RM2,499 manakala DJI Action 2 Power Combo dijual pada harga RM1,999.

Maklumat lanjut boleh didapati di SINI.

Sumber: Siaran Akhbar DJI

Baca juga:

  • DJI Melancarkan Penstabil Telefon Pintar Terbaru DJI Osmo Mobile 5
  • Spotify Untuk Pelajar Kini Tiba Di Malaysia
  • Nothing ear (1) Bukan Sekadar ‘Hype’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY