Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI om 5

DJI Melancarkan Penstabil Telefon Pintar Terbaru DJI Osmo Mobile 5

Diterbitkan September 10, 2021 oleh ariff bukhari

Peneraju industri dron awam dan teknologi kamera kreatif, DJI hari ini melancarkan penstabil telefon pintar terbaru bagi siri Osmo Mobile iaitu DJI OM 5.

DJI menyatakan, mereka menambahbaik pada rekaan DJI OM 5 seperti pengapit telefon yang mempunyai reka bentuk kompak, lengkap dengan rod pemanjangan terbina dalam serta bersaiz lebih kecil dan lebih ringan berbanding model terdahulu.

Antara ciri-ciri utamanya pula adalah seperti teknologi penstabilan 3-paksi, ciri ShotGuides terbaharu dan peningkatan ActiveTrack 4.0.

“Bagi mereka yang bergantung pada telefon pintar, DJI OM 5 merupakan gimbal kompak berteknologi canggih yang pasti akan mendorong anda untuk merakam detik-detik kehidupan untuk dijadikan kenangan.” Paul Pan, Pengurus Kanan Barisan Produk di DJI.

DJI om 5 2

DJI OM 5 tersedia dalam dua pilihan warna menarik iaitu Sunset White dan Athens Gray.

Athens Gray boleh dipra-tempah pada hari ini melalui beberapa platform seperti kedai rasmi atas talian DJI di Lazada dan Shopee, peruncit sah, rakan kongsi dan ia akan dihantar mulai 15 September 2021.

Pilihan Sunset White pula akan tersedia pada akhir September 2021 ini. 

Aksesori DJI OM 5 iaitu Fill Light Phone Clamp akan dijual secara berasingan pada harga runcit RM199 dan akan tersedia pada akhir Oktober 2021.

DJI OM 5 dijual pada harga RM689.00 yang merangkumi pengapit magnetik, tripod, kabel kuasa, tali pergelangan tangan dan beg simpanan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi: https://store.dji.com/product/dji-om-5 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY