Kajian menunjukkan Instagram boleh membantu mengurangkan depresi

Satu kajian terbaru menunjukkan penggunaan aplikasi perkongsian gambar seperti Instagram boleh menguatkan ikatan persahabatan seterusnya membantu mengurangkan masalah depresi.

Mungkin anda mencemuh apabila orang dewasa menggunakan aplikasi begini untuk semata-mata mendapatkan perhatian.

"Kumpulan umur ini mungkin di dalam risiko hasil dari impak Instagram memandangkan populariti aplikasi ini di kalangan orang dewasa dan peningkatan simptom-simptom depresi pada peringkat umur ini," menurut seorang pengkaji Eline Frison dari Universiti Leuven di Belgium.

"Kajian ini memberikan pengamal perubatan sedikit sebanyak pemerhatian terhadap kesan penggunaan Instagram di kalangan orang dewasa," kata Frison.

Penemuan ini balak dibentangkan di acara tahunan Pertubuhan Antarabangsa Komunikasi ke-67 yang akan diadakan di San Diego, California.

Dari tahun 2013-2014, Frison telah mewujudkan kajian berskala besar untuk menyiasat hubungan antara penggunaan rangkaian sosial media di kalangan orang dewasa dengan kesihatan mereka.

Pelajar mengisi kertas kajian di dalam tempoh 6 bulan.

Kajian bertanya soalan tentang kegunaan sosial media dalam kehidupan seharian dengan keadaan kesihatan mereka.

Data yang terkumpul menunjukkan penggunaan Instagram pada satu masa berkait dengan hubungan sesama kawan semakin erat.

Disebabkan itu, dapat mengurangkan tahap depresi seseorang.

Walau bagaimanapun, jika sosial media itu tidak dapat memberi stimulasi kepada hubungan persahabatan, ia mungkin akan memberi mudarat untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Sumber