Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Cuba Menutup Akaun Palsu

Instagram Cuba Menutup Akaun Palsu

Diterbitkan April 22, 2017 oleh Wiser MY

Akaun palsu Instagram bukanlah sesuatu yang baru.

Jika anda pengguna Instagram, pasti anda sudah terjumpa akaun ‘kosong’ dan akaun yang mengandungi iklan lucah atau produk yang ‘follow’ anda.

Terdapat juga servis perkhidmatan yang menawarkan khidmat menaikkan bilangan ‘followers’ anda.

Mengikut laporan oleh Business Insider, Instagram sudah menutup sebuah akaun servis dipanggil ‘Instagress’.

Servis ini agak popular di kalangan ‘Instagrammers’ kerana akan mendapatkan ‘followers’ yang ‘tulen’ untuk anda.

Dalam laman sesawang Instagress, mereka berkata yang Instagram telah memaksa penutupan servis mereka.

Pihak Instagram tidak memberikan komen tentang ini tetapi jurucakap mereka telah memberikan polisi Instagram yang melarang pembangun pihak ketiga untuk menjual data Instagram.

Ini bukan kali pertama Instagram menutup akaun palsu dan baru-baru ini Facebook juga telah bekerja untuk menjejaki akaun-akaun palsu ini untuk menutupnya.

Akaun-akaun palsu ini akan sentiasa wujud realitinya tetapi dengan langkah Instagram ini, kita mungkin berasa lega tanpa perlu risau tentang akaun palsu yang kadang kala boleh mengeksploitasi akaun kita.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY