Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: Jam Pintar Mampu Ramal Keputusan Ujian Darah

Kajian: Jam Pintar Mampu Ramal Keputusan Ujian Darah

Diterbitkan Jun 3, 2021 ยท Dikemas kini Jun 3, 2021 oleh Wiser MY

Setiap tahun kita diperkenalkan dengan teknologi dan ciri baru yang diletakkan pada jam pintar. Lama kelamaan, jam pintar kian diterima dan menjadi antara peranti penting kepada sesetengah pengguna untuk menjejak kesihatan.

Dalam satu kajian baru dari Universiti Duke dan Universiti Standford, jam pintar dikatakan boleh diguna untuk menjangka keputusan ujian darah.

Menurut pengkaji-pengkaji dari dua universiti tersebut, ciri menjejak kadar jantung, suhu badan, dan aktiviti harian boleh digunakan untuk mengesan perubahan sel darah serta tanda awal penyakit.

Baca juga – Apple Watch Mungkin Dapat Lakukan Electrocardiograms (ECG) Selepas Ini

Secara mudahnya, kajian ini adalah untuk melihat bolehkah data jangka panjang yang dikumpulkan oleh jam pintar menjangka keputusan ujian darah.

Selain itu, kajian ini dilakukan kepada 54 orang dalam masa tiga tahun. Keputusan yang mereka dapati adalah jam pintar memang boleh membantu menjangka masalah seperti penyahhidratan, anemia, dan lain-lain.

Namun begitu, pengkaji mengakui data yang terkumpul tidak selalunya tepat untuk menjangka atau menentukan penyakit dalam badan seseorang.

Baca juga – Muat Turun watchOS 7.5 Sekarang Untuk Aktifkan ECG Di Malaysia

Kongsikan pendapat anda tentang penggunaan jam pintar dalam bidang perubatan dan kebolehupayaannya dalam menjangka atau mengesan penyakit.

Sumber: ubergizmo via gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY