Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
watchOS 7.5

Muat Turun watchOS 7.5 Sekarang Untuk Aktifkan ECG Di Malaysia

Diterbitkan Mei 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada minggu yang lalu, kami telah melaporkan yang mana fungsi ECG rasmi akan hadir buat pengguna tempatan tetapi pada masa itu ia hanya terhad kepada pengguna beta.

Namun, hari ini kesemua pengguna Apple Watch Series 4 sehingga Series 6 sudah boleh mengemaskini watchOS 7.5 bagi memanfaatkan fungsi tersebut.

Untuk mengemaskini, anda hanya perlu buka aplikasi watch pada iPhone, kemudian pergi ke General dan Software Update.

Baca juga – Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6

Dengan ini, pembelian jam tangan pintar Apple adalah lebih berbaloi kerana sudah menerima fungsi yang premium itu dan tidak terasa membazir apabila membelinya.

Muat Turun watchOS 7.5 Sekarang Untuk Aktifkan ECG Di Malaysia

Dalam pada itu, iOS 14.6 dan iPad OS 14.6 juga dilepaskan kepada umum. Ia membawa sejumlah ciri baharu seperti langganan Podcasts, menambah e-mel pada AirTag dan Find My serta audio kualiti tinggi pada Apple Music yang boleh diaktifkan bermula Jun ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY