Kad Grafik SUPER Dari Nvidia Akan Hadir Ke Laptop Menggantikan Barisan GPU Lama

Kad grafik paling berkuasa Nvidia untuk kategori laptop buat masa ini dipegang oleh RTX 2080, 2070, dan 2060. Manakala kelas pertengahan pula kebanyakannya adalah dari siri GTX 1050, dan juga siri GTX 1650. Jika pada arena PC, varian SUPER adalah kad mereka yang lebih berkuasa dari ini dan telah diguna secara meluas. Namun untuk kategori laptop, varian SUPER dari Nvidia masih belum ditawarkan.

Mengikut sumber, untuk varian SUPER (RTX 2060 SUPER, RTX 2070 SUPER, RTX 2080 SUPER) , ia akan hadir ke laptop bermula Mei ini. Selain dari versi SUPER tersebut, terdapat juga kad grafik GTX 1650 dan GTX 1650 Ti yang akan menggantikan kad grafik yang digunakan sekarang pada kebanyakan laptop gaming di pasaran.

Nvidia bercadang mahu memperkenalkan kad grafik tersebut dengan harga yang sama pada model yang sebelumnya. Jadi tiada peningkatan harga yang akan berlaku. Ini bemaksud dengan bajet yang sama, pengguna boleh membeli laptop yang lebih berkuasa dilengkapi kad grafik SUPER tersebut.

Ini adalah model kad grafik varian SUPER yang akan menggantikan model yang sebelumnya.

  • GeForce GTX 1650 4GB GDDR6 menggantikan GeForce GTX 1050 3GB GDDR5

  • GeForce GTX 1650 Ti 4GB GDDR6 menggantikan GeForce GTX 1650 4GB GDDR5

  • GeForce RTX 2060 SUPER 6GB GDDR6 menggantikan GeForce RTX 2060 6GB GDDR6

  • GeForce RTX 2070 SUPER 8GB GDDR6 menggantikan GeForce RTX 2070 8GB GDDR6

  • GeForce RTX 2080 SUPER 8GB GDDR6 menggantikan GeForce RTX 2080 8GB GDDR6


Untuk model kelas pertengahan, menurut sumber ia tidak menggunakan varian GTX 1650 SUPER ataupun GTX 1660 SUPER sebaliknya hanya menggantikan model lama sahaja dengan GTX 1650/Ti. Kemungkinan juga Nvidia akan menawarkan versi GTX SUPER pada masa-masa yang akan mendatang, untuk itu masih lagi belum dapat dipastikan.

Jika anda bercadang mahu membeli laptop, mungkin ada baiknya jika menunggu versi kad grafik SUPER Nvidia yang lebih berkuasa ini.

Sumber : Wcftech

Berkaitan