Nvidia Melancarkan Variasi SUPER Untuk GTX 1660 dan GTX 1650

Nama SUPER sebelum ini pernah dibualkan kerana Nvidia pada Julai lalu telah melancarkan RTX 2060 SUPER, 2070 SUPER dan 2080 SUPER. Nvidia turut membawakan penamaan SUPER ini kepada model GTX 1650 dan GTX 1660 yang menawarkan penambahbaikan spesifikasi berbanding dengan model sebelumnya.

Bermula dengan GTX 1660 SUPER, ia mempunyai teras CUDA sebanyak 1408, kelajuan bermula dari 1530MHz sehingga 1785MHz yang sama dengan GTX 1660. Apa yang berbeza adalah GTX 1660 SUPER menggunakan memori sebanyak 14Gbps GDDR6 berbanding 8Gbps GDRR5 pada GTX 1660. Nvidia mengatakan GTX 1660 SUPER adalah 20% lebih laju dari GTX 1660 serta 1.5 kali ganda laju daripada GTX 1060 6GB.

NVIDIA 1660 Super slide

Jika GTX SUPER 1660 merupakan kemaskini kecil, GTX 1650 SUPER pula adalah sebaliknya. GTX 1650 SUPER dipadatkan dengan teras CUDA sebanyak 1280 yakni lebih banyak daripada GTX 1650 yang mempunyai sebanyak 896 teras CUDA. Ia juga mempunyai kelajuan yang lebih tinggi pada 1530MHz dan juga kelajuan maksimum yang lebih tinggi pada 1725MHz.



GTX 1660 SUPER sudah mula dijual melalui rakan jualan termasuklah ASUS, MSI, Gigabye, Palit dan lain-lain dengan harga $229 USD iaitu sekitar RM958. Manakala untuk GTX 1650 SUPER pula, ia akan dijual pada 22 November. Harganya juga akan diberitahu pada tarikh tersebut.

Berkaitan