Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Mengumumkan 3 Model Kad Grafik Terbaru Siri GeForce RTX SUPER

Nvidia Mengumumkan 3 Model Kad Grafik Terbaru Siri GeForce RTX SUPER

Diterbitkan Julai 2, 2019 · Dikemas kini Julai 2, 2019 oleh ariff bukhari

Tingkatkan kuasa grafik komputer meja anda dengan 3 model kad grafik Nvidia GeForce RTX 20- Series SUPER.

Pengeluar terkemuka kad grafik komputer, Nvidia hari ini memngumumkan kehadiran 3 model terbaru kad grafik bagi komputer meja iaitu GeForce RTX 20-Series SUPER.

Nvidia mendakwa, siri kad grafik ini mampu meningkatkan prestasi grafik komputer meja sehingga 25%. Terdapat 3 pilihan bagi siri kad grafik ini bermula dengan GeForce RTX 2060 SUPER, GeForce RTX 2070 SUPER dan GeForce RTX 2080 SUPER.

Siri RTX SUPER ini merupakan model kad grafik yang dinaik taraf dari model kad grafik GeForce RTX 20-Series yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

Sebelum ini dalam bulan Mei lalu, Nvidia telah pertontonkan teaser video bagi model kad grafik terbaru ini.

Nvidia Mengumumkan 3 Model Kad Grafik Terbaru Siri GeForce RTX SUPER
Kredit imej: Nvidia

Bermula dengan model GeForce RTX 2060 SUPER, Nvidia menyatakan bahawa kad grafik terbaru ini adalah lebih pantas berbanding kad grafik GTX 1080.

Harga RTX 2060 SUPER adalah bermula dari USD399.00 yang akan mula berada di pasaran pada 9 Julai 2019.

Nvidia Mengumumkan 3 Model Kad Grafik Terbaru Siri GeForce RTX SUPER
Kredit imej: Nvidia

Bagi model kad grafik GeForce RTX 2070 SUPER pula, Nvidia menyatakan bahawa kad grafik ini adalah jauh lebih pantas daripada GTX 1080 Ti.

Malah ia juga adalah 25% lebih pantas berbanding model kad grafik GeForce RTX 2070. GeForce RTX 2070 SUPER berharga dari USD499.00 dan akan berada di pasaran pada 9 Julai ini.

Nvidia Mengumumkan 3 Model Kad Grafik Terbaru Siri GeForce RTX SUPER
Kredit imej: Nvidia

Manakala bagi model kad grafik GeForce RTX 2080 SUPER pula, ia berharga dari USD699. Nvidia membandingkannya dengan model sebelumnya iaitu GeForce RTX 2080.

Nvidia menyatakan, peningkatan prestasi sebanyak 10.7% berbanding model sebelumnya itu dapat dicapai dengan dimuatkan ciri CUDA, RT dan Tensor Cores di dalam GeForce RTX 2080 SUPER.

Kad grafik ini akan mula berada di pasaran pada 23 Julai 2019 nanti.

Bagi anda yang baru ingin bermula untuk merasai prestasi grafik terbaik di komputer meja anda, bolehlah anda bermula dengan model kad grafik GeForce RTX 2060 yang sudah pun berada dipasaran yang berharga dari USD349.00.

Atau bagi pemain tegar permainan komputer yang mahukan lebih lagi prestasi grafik berbanding 3 model kad grafik terbaru yang ditawarkan Nvidia ini, anda bolehlah dapatkan model GeForce RTX 2080 Ti yang berharga dari USD999 di pasaran sekarang.

Untuk info lanjut berkenaan 3 model terbaru kad grafik dari Nvidia ini, sila layari laman muka GeForce RTX 2060 SUPER, GeForce RTX 2070 SUPER dan GeForce RTX 2080 SUPER.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY