Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kabel Voltan Tinggi Dasar Laut Sepanjang 725Km Hubungkan 2 Negara Sedang Dipasang

Kabel Voltan Tinggi Dasar Laut Sepanjang 725Km Hubungkan 2 Negara Sedang Dipasang

Diterbitkan Julai 31, 2025 oleh ariff bukhari

Eropah kini menyaksikan satu pencapaian penting menerusi NeuConnect. projek sambungan tenaga rentas sempadan pertama yang menghubungkan United Kingdom dan Jerman melalui kabel dasar laut berkuasa tinggi dengan panjang keseluruhan kabel sejauh 725 kilometer.

Projek ini bukan sahaja bakal menyokong keselamatan tenaga benua, tetapi juga memainkan peranan besar dalam peralihan ke arah tenaga boleh diperbaharui.

NeuConnect kini sedang menyiapkan fasa kedua projek kabel voltan tinggi ini yang ditanam di dasar Laut Utara, membolehkan pertukaran tenaga bersih secara dua hala antara dua negara tersebut.

Ini bermakna, apabila siap sepenuhnya nanti, apabila UK mempunyai lebihan tenaga angin, atau Jerman mempunyai lebihan tenaga solar, mereka boleh berkongsi sumber ini dalam masa nyata.

Ini sekaligus membantu mengimbangi bekalan dan permintaan, serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

“Setiap kilometer kabel yang kami pasang membawa kita selangkah lebih dekat kepada sambungan tenaga pertama antara UK dan Jerman. Justeru, kerja-kerja ini merupakan satu lagi pencapaian penting bagi NeuConnect, dan satu langkah besar sejauh 140km dalam maraton kabel sepanjang 725km.” Pengerusi NeuConnect, Julia Prescot.

Diterajui oleh pelabur global seperti Meridiam, Allianz, Kansai Electric Power dan TEPCO, NeuConnect bakal menjadi salah satu sambungan tenaga rentas negara terbesar di dunia , menghubungkan Isle of Grain di Kent (UK) dan Wilhelmshaven di utara Jerman.

Kabel Voltan Tinggi Dasar Laut Sepanjang 725Km Hubungkan 2 Negara Sedang Dipasang

Projek yang bernilai £2.4 bilion (~ RM14.5 bilion ) ini dikendalikan oleh syarikat global Prysmian, dengan kapal kabel terbesar dunia yang dikenali sebagai Leonardo da Vinci yang digunakan untuk pemasangan kabel.

Kapal ini telah memulakan fasa kedua kerja pemasangan di perairan UK pada Julai 2025 melibatkan laluan kabel sepanjang 140 kilometer berhampiran pantai Kent.

Kerja-kerja pembinaan di tapak UK di Isle of Grain telah bermula pada musim panas 2023, manakala pembinaan di Jerman pula menyusul pada Mei 2024.

Fasa pertama sebelum ini telah pun berjaya diselesaikan pada November 2024, melibatkan 56km jarak kabel darat dan dasar laut.

Apabila siap sepenuhnya menjelang tahun 2028 nanti, kabel ini dijangka dapat menyalurkan sehingga 1.4 gigawatt tenaga bersih, cukup untuk membekalkan tenaga elektrik kepada 1.5 juta buah rumah.

Berkaitan

  • TNB Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura
  • Projek Solar Terbesar Dunia Bermula — Tenaga Hijau Merentas Benua, Ubah Masa Depan Asia Tenggara
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Sumber: NeuConnect Interconnector

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY