Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jurugambar Menang Pertandingan Gambar AI Dengan Guna Foto Sebenar

Jurugambar Menang Pertandingan Gambar AI Dengan Guna Foto Sebenar

Diterbitkan Jun 13, 2024 · Dikemas kini Jun 13, 2024 oleh ariff bukhari

Zaman sekarang untuk menghasilkan sesuatu gambar tidak perlu menggunakan kamera yang berharga ribuan ringgit. Hanya perlu masukkan prompt dan gambar dapat dijana menggunakan AI.

Namun, lain pula ceritanya bagi seorang jurugambar Miles Astray.

Jurugambar bernama Miles Astray telah menghantar foto flamingo yang sebenar ke dalam kategori AI bagi Anugerah Fotografi Warna 1839 di mana fotonya itu bukan sahaja menduduki tempat ketiga tetapi juga memenangi Anugerah Undi Penonton. Disebabkan ini, kemenangan beliau dibatalkan.

Menjelaskan tujuannya itu kepada laman PetaPixel, beliau berkata, “Saya mahu menunjukkan bahawa alam semula jadi masih boleh mengalahkan mesin dan masih ada merit dalam kerja sebenar daripada kreatif sebenar.”

Diikutkan, perkara sebegini bukan kali pertama terjadi dalam dunia fotografi. Selain itu, Astray juga mengatakan ada kes yang gambar AI mengalahkan foto sebenar.

Oleh itu, beliau mahu “membalas dendam” dengan melakukan sebaliknya.

Pertandingan fotografi warna itu dinilai oleh orang yang bekerja untuk beberapa organisasi media seperti The New York Times, Getty Images, Phaidon Press, Christie’s dan Galeri Maddox.

Para juri tersebut langsung tidak ada yang dapat memberitahu bahawa foto Astray itu adalah asli.

Jurugambar Menang Pertandingan Gambar AI Dengan Guna Foto Sebenar
Foto kemenangan Astray di laman web 1839 yang telah dialih keluar selepas dia hilang kelayakan.

Pertandingan fotografi warna 1839 adalah satu-satunya pertandingan yang tidak berasaskan kamera yang mempunyai banyak kategori dengan AI.

Dalam e-mel kepada PetaPixel, penganjur pertandingan berkata walaupun ia menghargai “mesej” Astray, penyertaannya telah dibatalkan sebagai pertimbangan untuk artis lain.

“Kategori peraduan kami ditakrifkan secara khusus untuk memastikan keadilan dan kejelasan untuk semua peserta. Setiap kategori mempunyai kriteria tersendiri yang mesti dipenuhi oleh imej peserta. Penyerahannya tidak memenuhi syarat untuk kategori imej yang dijana AI. Kami faham itu maksudnya, tetapi kami tidak mahu menghalang artis lain daripada cubaan mereka untuk menang dalam kategori AI. Kami berharap ini akan membawa kesedaran (dan mesej harapan) kepada jurugambar lain yang bimbang tentang AI.” Jurucakap pertandingan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • nubia Focus Pro 5G Dilancar - Telefon Fokus Fotografi, Harga RM999

Sumber: petapixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY