Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jumlah ‘Dislike’ Pada Semua Video YouTube Selepas Ini Disembunyikan

Posted on November 11, 2021

Awal tahun ini, YouTube telah menguji untuk menyembunyikan paparan jumlah tidak suka atau butang ‘dislike’ bagi tontonan umum.

Terbaru, mereka akhirnya mengumumkan ‘fungsi’ terbaru itu dilaksanakan terus dimana selepas ini tiada lagi jumlah ‘dislike’ yang terpapar pada mana-mana video di platform YouTube.

Menurut YouTube, langkah ini diambil kerana bagi mengelakkan individu yang ‘menyerang’ beberapa video atau saluran (channel) semata-mata untuk tekan butang ‘dislike’.

Selain itu, ia secara tidak langsung dapat menjaga pencipta kandungan di YouTube terutama yang baru berjinak-jinak dalam arena ini. Bagi YouTube, perkara sebegini tidak adil kerana ia akan mempengaruhi pengguna lain.

Bagaimanapun, jumlah ‘dislike’ ini masih lagi dapat dilihat oleh pencipta kandungan menerusi YouTube Studio. Cumanya, ia tidak akan dipertontonkan kepada khalayak.

Jika dilihat, setakat ini video yang banyak menerima jumlah tidak suka setakat ini adalah seperti YouTube Rewind 2018 (19 juta), Baby Shark Dance (14 juta), treler Sadak 2 (13 juta) dan muzik video Justin Bieber – Baby (12 juta).

Oleh yang demikian, adakah anda gemar dengan langkah terbaru YouTube ini? Terdahulu, Instagram juga pernah mengaktifkan fungsi menyembunyikan jumlah ‘like’.

Sumber: YouTube

Baca juga:

  • MacBook Pro M1 Ada Masalah Untuk Mainkan Video HDR

  • Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple

  • Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah “Dunia Baharu” Ciptaan Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress