Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scratch 2

Jom Sertai Pertandingan Pengaturcaraan Perisian Codewar 2022

Diterbitkan Jun 20, 2022 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka bersama-sama akan menganjurkan Pertandingan Pengaturcaraan Codewar2022 menggunakan perisian Scratch.

Pertandingan yang dijalankan sepenuhnya dalam talian ini terbuka kepada para pelajar sekolah rendah berumur dari 7 hingga 12 tahun dan pelajar sekolah menengah berumur dari 13 hingga 17 tahun.

Bermakna para pelajar boleh menyertainya dari rumah mereka.

Jom Sertai Pertandingan Pengaturcaraan Perisian Codewar 2022

Tarikh mula pertandingan Codewar2022 ini adalah pada 9 Julai 2022 (Sabtu) dan akan berakhir pada 31 Ogos 2022 (Rabu).

Sementara tarikh bagi penghantaran bahan pertandingan adalah pada 9 Julai 2022 (Sabtu) hingga 16 September 2022 (Jumaat).

Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 28 Oktober 2022 nanti.

Untuk info lebih lanjut tentang pertandingan ini, sila layari pautan ini Peraturan Pertandingan Codewar 2022.pdf – Google Drive.

Sumber: MYSA

Baca juga:

  • Saintis Berjaya Hasilkan Kulit Robot Dengan Keupayaan Hampir Sama Manusia
  • Saintis Temui Dunia Tersembunyi Di Bawah Ais Antartika
  • Saintis Dakwa Galaksi Kita Mempunyai 4 Tamadun Makhluk Asing Yang Berniat Jahat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY