Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jom Berkunjung Ke ‘Booth’ MOSTI Pada Hari Terbuka Putrajaya 2023, Pelbagai Aktiviti Menanti Anda

Jom Berkunjung Ke ‘Booth’ MOSTI Pada Hari Terbuka Putrajaya 2023, Pelbagai Aktiviti Menanti Anda

Diterbitkan Mac 2, 2023 oleh ariff bukhari

Bermula dari hari ini (2 Mac 2023) sudah pun berlangsungnya Hari Terbuka Putrajaya 2023 bersempena dengan sambutan Ulangtahun Penubuhan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang ke-27 Tahun.

Sepanjang hari terbuka itu, terdapat pelbagai acara dan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dapat dinikmati para pengunjung.

Antara booth yang menarik untuk dikunjungi adalah booth milik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang turut menyertai Hari Terbuka Putrajaya ini melalui Pusat Sains Negara Kuala Lumpur dan Planetarium Negara.

Jom Berkunjung Ke ‘Booth’ MOSTI Pada Hari Terbuka Putrajaya 2023, Pelbagai Aktiviti Menanti Anda
Jom Berkunjung Ke ‘Booth’ MOSTI Pada Hari Terbuka Putrajaya 2023, Pelbagai Aktiviti Menanti Anda

Pengunjung akan dapat menjalankan pelbagai aktiviti menyeronokkan di sini seperti Planet Virtual Reality (VR) dan pencerapan Matahari (bergantung kepada keadaan cuaca).

Sementara Pusat Sains Negara telah menghantar bas pameran-PSN Trooperz On The Move yang menyediakan sebanyak 14 set bahan pameran interaktif di dalam bas mereka serta menyediakan aktiviti DIY sains di hadapan bas tersebut.

POD 2023

Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2023 berlangsung dari 2 hingga 5 Mac 2023 bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • MOSTI Ajak Orang Ramai Memeriahkan Hari Terbuka Putrajaya 2023
  • OPPO Find N2 Flip Berharga RM3999 - Dimensity 9000+, Bateri 4300mAh, Hasselblad
  • Yes 5G Diiktiraf Ookla Sebagai Penyedia Rangkaian Mudah Alih Terpantas Di Malaysia

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY