Jokowi Jumpa Elon Musk Bincang Soal Nikel, Mungkin Ke Indonesia November Ini


Seperti ramai maklum, ketua-ketua negara Asia Tenggara termasuk Datuk Seri Ismail Sabri beberapa hari lalu telah melawat Washington, Amerika Syarikat untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.


Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas acara tersebut telah bertemu dengan Elon Musk di pejabat Space X di Stargate, Boca Chica, Texas semalam.


Antara perkara dibincangkan ialah berkaitan potensi pelaburan dan teknologi di Indonesia.


Pertemuan dua figura ini selepas beberapa siri perbincangan berkaitan pelaburan syarikat Musk di Indonesia untuk industri nikel dan bateri kereta elektrik.


jokowi elon musk indonesia tesla Kapsyen: Sumber: Laman rasmi Presiden Indonesia

Terdahulu, wakil daripada Tesla sudah melawat Indonesia pada minggu lepas untuk perbincangan mengenainya, jelas kerajaan Indonesia.


Jokowi dalam pada itu telah menjemput Musk untuk ke Indonesia November ini di mana terdapat sebuah acara melibatkan 20 syarikat besar turut akan berhimpun di Bali.



Musk mengakui banyak kerjasama yang boleh terjalin dengan negara tersebut kerana ia mempunyai banyak potensi.



Untuk makluman, Indonesia mempunyai bekalan nikel antara terbesar di dunia dan presiden mereka berminat untuk membangunkan industri bateri nikel yang kini sinonim dengan kereta elektrik.





 


 

 



 

 


View this post on Instagram


 



 

 

 



 

 



 

 

 




 

 


A post shared by Joko Widodo (@jokowi)





Ini termasuklah daripada membuat logam nikel, mengeluarkan komponen sehingga memasang kenderaan.



“Kita akan melihat dengan terperinci bentuk kerjasama tersebut kerana Indonesia memiliki banyak potensi. Tambah pula, Indonesia memiliki jumlah populasi dan terus berkembang. Ini bagus sebab kita perlukan banyak orang pada masa akan datang,” kata Elon Musk.



Sebuah konsortium dikepalai LG yang juga pembuat bateri kereta elektrik nombor 2 dunia telah mengumumkan pelaburan sebanyak $9 bilion (~RM40 bilion) di Indonesia bulan lalu untuk industri nikel.


Pesaingnya, Amprex dari China yang juga pembekal Tesla telah mengumumkan pelaburan dengan nilai yang sama pada bulan sama.


 “Mudah-mudahan dalam November, terima kasih atas jemputan,” jawab Elon dipelawa Jokowi ke Indonesia.


PM Ismail Sabri dalam lawatan ke AS tempoh hari telah menyaksikan penyerahan Surat Niat (LoI) oleh MyDigital Corporation Malaysia kepada empat syarikat Amerika iaitu Cisco, Intel, Microsoft dan Micron serta penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada AMD untuk pengembangan syarikat itu di Malaysia.





Sumber: FMT, Astro AwaniPresiden Indonesia


Foto utama: Reuters


Baca juga: