Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jimat Masa Dan Kos – Pharmaniaga Uji Hantar Ubat Guna Dron

Jimat Masa Dan Kos – Pharmaniaga Uji Hantar Ubat Guna Dron

Diterbitkan November 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Seiring dengan peredaran zaman, teknologi dron bukan sahaja digunakan golongan fotografer atau videografer, tetapi juga dalam sektor lain.

Baru-baru ini, Pharmaniaga Berhad mula meneroka dan menguji penghantaran perubatan menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu atau dron.

Dengan ini, secara tidak langsung meningkatkan lagi keupayaan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih mudah untuk diakses terutama di kawasan yang mencabar dari segi geografi dan kawasan terpencil.

Pharmaniaga Dron 1

Menurut Pharmaniaga, inisiatif yang dilakukan ini bertujuan untuk mengurangkan masa dan kos penghantaran serta meningkatkan kecekapan rantaian bekalan. Ini kerana penghantaran menggunakan dron dikatakan lima kali lebih cekap berbanding kaedah penghantaran konvensional.

Pharmaniaga dron 2

Projek dengan nama kod Project Eagle ini telah pun berjaya dilakukan di Pulau Pangkor, Perak di mana ia melibatkan jarak 4.2 kilometer dari jeti di Manjung ke Klinik Kesihatan Pangkor. Melaluinya, kira-kira 3kg ubat telah dihantar untuk rawatan perubatan kecemasan.

Tambahan lagi, penghantaran perubatan bagi produk farmaseutikal menggunakan dron jarak jauh di atas permukaan air ini adalah pertama kali di Malaysia.

Oleh yang demikian, projek tersebut akan diteruskan lagi pada masa hadapan di beberapa lokasi dan rupa bumi yang berbeza termasuk Sabah dan Sarawak.

Sumber: Pharmaniaga

Baca juga:

  • UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia

  • Pusat Kecemerlangan Area 57 Menjadi Pusat Sehenti Pembangunan Teknologi Berkaitan Dron

  • PDRM Memberikan Sedikit Pencerahan Berkenaan Pembelian 16 Dron Berharga RM48 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY