Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia

UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia

Diterbitkan September 20, 2021 oleh ariff bukhari

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memaklumkan bahawa mereka telah berjaya mencipta sebuah dron kargo gergasi pertama di Malaysia yang dikenali sebagai C-Drone.

C-Drone tersebut telah berjaya terbang dengan membawa kargo seberat 200 kilogram (kg).

Sekaligus berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron.’

Projek pembangunan prototaip C-Drone ini memakan masa kurang dua tahun. Ia diketuai oleh Profesor Madya Dr. Zamri Omar dan dijayakan oleh sekumpulan penyelidik UTHM yang mempunyai latar belakang pelbagai bidang kepakaran.

Malah projek tersebut turut dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihatan pakar daripada universiti tempatan dan pihak industri.

Ia telah direka bentuk, dibina dan diuji terbang di UTHM.

UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia

“Bermula dengan aktiviti analisis dan reka bentuk, simulasi, fabrikasi komponen, pemasangan, integrasi sistem dan pengujian terbang, semuanya telah dilaksanakan di dalam fasiliti makmal projek C-Drone yang berlokasi di kampus induk,” Profesor Madya Dr. Zamri Omar.

UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia

C-Drone ini digerakkan oleh kuasa bateri dan ianya adalah dari jenis Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL). Saiz prototaip dron kargo UTHM ini kira-kira lima meter panjang, lima meter lebar dan dua meter tinggi, manakala berat kasarnya pula sekitar 400 kg.

UTHM menyatakan, projek pembangunan C-Drone ini bertujuan untuk menghasilkan suatu proof of concept (POC) iaitu bagi membuktikan konsep reka bentuk dan sistem dron kargo besar ini boleh dibina dan ianya berupaya beroperasi dengan baik.

Sumber: UTHM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY