Samsung Dilapor Tidak Akan Sertakan Pengecas Dalam Kotak Pembelian

Berdasarkan laporan terbaru, Samsung dijangka tidak akan sertakan pengecas dalam kotak pembelian bagi peranti tertentu bermula tahun hadapan. Ia berikutan mengambil kira ramai pengguna telah memiliki pengecas serta dapat mengurangkan kos.

Samsung bukanlah syarikat pengeluar telefon pintar pertama yang mengambil langkah itu. Sebelum ini, Apple terlebih dahulu telah dilaporkan tidak akan sertakan pengecas dalam barisan peranti iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini.

pengecas samsung

Dengan tidak menyertakan sebarang pengecasan di dalam kotak pembelian, ia mungkin sebagai langkah bagi Samsung dan Apple untuk menurunkan kos penjualan telefon pintar dan menjadikan kotak pembelian lebih kecil.

Selain itu, ia juga memberi kesan yang baik kepada alam sekitar dimana dapat membantu mengurangkan jumlah pengecas yang tidak digunakan dan dibuang berikutan pengguna telah mempunyai pengecas yang banyak.

Sumber: etnews via The Verge