Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jenama China Bersatu Nak Hasilkan Pengecasan Pantas Yang Sama

Posted on Jun 18, 2021Jun 18, 2021

Pada hari ini, pengecasan pantas semakin baik hingga mencapai ke 200W. Masing-masing mempunyai teknologi yang tersendiri bagi peranti mereka.

Namun, kekurangannya adalah ia tidak mempunyai standard yang sama. Telefon jenama ini tidak dicas pantas menggunakan pengecas jenama yang lain.

Baca juga – Pengecasan Pantas 200W Xiaomi Beri Kesan Pada Hayat Bateri

Oleh itu, jenama-jenama telefon di China seperti Huawei, OPPO, HONOR, vivo, Xiaomi serta bersama-sama Rockchip dan China Academy of Information and Communication bersatu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

e-sisa

Apa yang mereka akan lakukan adalah untuk menghasilkan sebuah teknologi pengecasan pantas yang standard atau universal. Ia bukan sahaja memudahkan bagi semua tetapi juga mengurangkan kos penghasilannya serta pembaziran sisa elektronik (e-sisa).

Baca juga – Jepun Sedang Bangunkan Teknologi Bateri Tahan Lama

Pun begitu, masih belum diketahui bilakah ia akan diperkenalkan kepada dunia dan mungkin teknik pemasaran teknologi pengecasan pantas turut berubah pada masa hadapan.

Sumber: gizchina

Foto utama: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress