Semakin hari semakin banyak berita-berita palsu yang tular di media sosial terutama berkaitan vaksinasi COVID-19.
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Twitter mengingatkan agar orang ramai tidak menyebarkan mesej palsu tentang vaksinasi pelajar.
Dalam mesej yang disebarkan itu, ia menyatakan bahawa pelajar diminta untuk hadir ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang bertujuan untuk menerima suntikan vaksin.
Tular di aplikasi Whatsapp mengenai mesej palsu berikut.
Jangan kongsi mesej ini kerana ia akan menimbulkan kekeliruan. pic.twitter.com/g4vDRO9F0k
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) July 5, 2021
Selain itu, mesej tersebut turut mengingatkan ibu bapa atau penjaga untuk membawa pelajar ke klinik kesihatan dengan dengan hanya membawa kad pengenalan dan beberapa dokumen sokongan.
Suntikan bagi pelajar warganegara akan diberikan percuma. Manakala bukan warganegara pula dikenakan bayaran sebanyak RM80 (RM40 pendaftaran+RM40 suntikan).
Sehubungan dengan itu, orang ramai harus berwaspada dan jangan mudah terpedaya kerana tarikh janji temu vaksinasi hanya di aplikasi MySejahtera. Untuk maklumat lanjut, layari laman vaksincovid.gov.my atau Twitter rasmi Vaksin COVID-19 Malaysia.
Baca juga – Ini Adalah 5 Komputer Riba Yang Berbaloi Bawah RM2500
Baca juga – Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula
Baca juga – Tiada “Shortcut” Untuk Dapatkan Janji Temu Vaksin Dengan Cepat