Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Panik, Bukan ‘Blackout’, Selangor Ada Kempen ‘Earth Hour’ Sabtu Ini

Jangan Panik, Bukan ‘Blackout’, Selangor Ada Kempen ‘Earth Hour’ Sabtu Ini

Diterbitkan Mac 23, 2022 oleh Anis Maisarah

Pada 26 Mac 2022, Selangor bakal melaksanakan kempen Earth Hour selama sejam bermula pada jam 8.30 malam, hari sabtu ini. Kempen tersebut dilaksanakan untuk membantu dalam menangani kesan perubahan iklim yang berlaku pada dunia.

Menurut Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, demi keselamatan orang awam, hanya lampu-lampu yang tidak digunakan dan lampu perhiasan sahaja yang dipadamkan. Jadi, orang ramai tidak perlu bimbang kerana Selangor tidak akan mengalami ‘blackout‘ sepenuhnya ketika kempen Earth Hour tersebut berlangsung.

Kempen ini diharapkan mampu berlangsung dengan lancar dengan sokongan rakyat Selangor supaya dapat mewujudkan kembali kesan perubahan iklim negara yang positif. Melalui kempen ini, kerajaan Selangor berharap agar usaha mereka untuk melestarikan alam sekitar akan berjaya dan orang ramai dapat bekerjasama meneruskan usaha ini walaupun selepas kempen ini tamat.

Semua jabatan dan agensi kerajaan negeri wajib menyertai kempen ini bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sektor swasta dan organisasi lain juga turut dialu-alukan untuk menyertai kempen ini.

Sumber : Astro Awani

Baca juga :

  • Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan ‘Flat Earth’
  • Lihat Perubahan Rupa Bumi Dalam Tempoh 37 Tahun Dengan Google Earth
  • Google Earth Menambah Sokongan Pada Pelayar Firefox, Edge Dan Opera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY