Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (310)

Google Earth Menambah Sokongan Pada Pelayar Firefox, Edge Dan Opera

Diterbitkan Februari 28, 2020 oleh Amalina Athman

Apabila Google melancarkan kembali Google Earth yang baharu pada 2017, ia telah mengalihkan Google Earth daripada aplikasi desktop kepada web dan mengatakan hampir siap untuk menyokong Firefox dan pelayar lain. Setelah tiga tahun, Google Earth menunaikan janji dengan menambah sokongan bukan sahaja pada pelayar Firefox, tetapi juga untuk Microsoft Edge, dan Opera.

Google Earth Firefox Edge Opera

Earth pada mulanya hanya menyokong pelayar pihak pertama menggunakan teknologi Chrome-only Native Client (NaCl). Jun lalu, Google mula menguji pengalaman Earth (Earth experience) yang dikuasakan oleh Web Assembly, iaitu standard untuk membawa kod asli kepada web. Dalam hal ini, Google Earth kebanyakan mengguna C++ untuk tujuan prestasi dan penggunaan semula kod (dengan Android dan iOS).

Syarikat tersebut kini menambah sokongan rasmi Google Earth pada pelayar Firefox, Edge, dan Opera dengan versi Web Assembly yang juga menyokong Chrome. Dengan sokongan pada pelayar-pelayar ini, pengguna tidak lagi perlu menggunakan pautan khas untuk pratonton atau versi beta.

Walau bagaimanapun, pengalaman menggunakan Earth dengan pelayar pihak ketiga ini masih perlu dipertingkatkan. Dalam pada itu, Google juga merancang untuk menambah sokongan Earth pada pelayar Safari di masa akan datang.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY