Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Buang Segera 2 Aplikasi Ini, Perisian Hasad TeaBot Kembali Menyerang Play Store

Posted on Mac 2, 2022Mac 2, 2022

Penyelidik keselamatan dari Cleafy mendedahkan perisian hasad yang dikesan pada awal tahun 2021 dahulu kini kembali menyerang pengguna Android.

Perisian hasad yang dikenali sebagai TeaBot yag merupakan trojan perbankan direka bagi mencuri data perbankan serta memintas mesej SMS.

Jika sebelum ini TeaBot menjadikan 7 aplikasi yang ditawarkan dalam Google Play Store untuk menjangkiti peranti Android, kini ia menjadikan 2 aplikasi ini pula sebagai platfom untuk penyebarannya.

2 aplikasi itu adalah QR Code & Barcode – Scanner dan QR Code Scanner: Add-On.

Kredit: Cleafy

 

Permintaan mengakses peranti oleh TeaBot ketika proses pemasangan aplikasi. Kredit: Cleafy

Menurut Cleafy, Teabot telah berevolusi dengan menyokong lebih banyak bahasa baru seperti bahasa Russia, dan Mandarin. Malah tidak hanya mensasarkan data perbankan dan insurans, tetapi juga kini turut menjadikan aplikasi-aplikasi kriptowang sebagai sasaran utamanya.

Penyelidik juga menyatakan, perisian hasad TeaBot dikesan sedang aktif mensasarkan pengguna Android di Amerika.

Sumber: Cleafy Labs

Baca juga:

  • Perisian Hasad TeaBot Serang Play Store, Buang Segera 7 Aplikasi Ini
  • Google Buang 2 Aplikasi Popular Ini Dari Play Store Tanpa Sebab Munasabah
  • Avast Temui Beribu Aplikasi Di Dalam Google Play Store Berisiko Membocorkan Data Sulit Pengguna Peranti Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress