Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
poco smart watch

Jam Tangan Pintar Pertama POCO Dah Ada Pengesahan Untuk Dilancar

Diterbitkan Februari 24, 2022 oleh Faiz Munir

POCO terkenal sebagai syarikat penghasilan telefon pintar dengan harga yang rendah untuk spesifikasi yang ditawarkan dalam lingkungan harga tersebut. Pada bulan November tahun lalu, Angus Ng, Ketua Perniagaan POCO mengatakan bahawa syarikat tersebut akan mengumumkan produk ekosistem tidak lama lagi. Dari situ kita kini dapat melihat laporan mengenai jam tangan pintar POCO ini.

Menurut @IndianTech_1, jam pintar POCO kini sudah mendapat pengsahan daripada platform Russian Electronics Certification, EEC. Daripada tangkap layar yang diciapkan, kita dapat melihat dengan jelas nombor model  peranti ini iaitu POCO M2131W1. Bukan itu sahaja, jam pintar ini juga mendapat pengesahan daripada SDPPI dan TDRA.

#POCO smartwatch Listed on EEC certification🇷🇺

Model no. M2131W1#xiaomi #russia pic.twitter.com/9SJtkuTORE

— Piyush Bhasarkar (@TechKard) February 19, 2022

 

Peranti boleh pakai ini dibuat oleh 70mai Co. Lttd. yang merupakan syarikat penghasilan produk IoT (Internet of Things) Xiaomi. Mungkin anda biasanya mendengar jenama ini pada dashcam kereta.

Selain jam pintar, POCO juga dikatakan sedang meneroka segmen audio juga. Mungkin kita akan mendengar pelancaran TWS POCO di India tidak lama lagi. Ini kerana POCO Pop Buds sudah mendapat pengesahan daripada laman Bluetooth SIG.

Buat masa ini, masih tidak banyak lagi laporan tentang POCO Pop Buds ini begitu juga dengan jam pintar POCO. Apa-apa pun, kita akan dapat lebih banyak perincian mengenai produk ini pada masa akan datang.

Sumber: @IndianTech_1

Baca juga:

  • Galaxy S22 Ultra Model Exynos Alami Isu Paparan, Kemas Kini Akan Diberi Secepat Mungkin
  • Pengguna PS5 Dah Boleh Muat Naik ‘Screenshot’ Terus Ke Aplikasi, Macam Xbox
  • Minggu Depan Apex Legends Mobile Dilancar, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY