Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Watch GT Runner

Jam Tangan Pintar Huawei Dengan HarmonyOS Akan Tiba Di Malaysia Sabtu Ini

Diterbitkan November 18, 2021 oleh Helmi Samsuri

Sebelum ini Huawei Malaysia ada mengumumkan bahawa pasaran jam tangan pintar tempatan bakal menerima kehadiran Huawei Watch GT3. Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi model baharu akan turut sama memeriahkan pentas perasmian tidak lama lagi, iaitu Huawei Watch GT Runner.

Disebut-sebut sebagai jam tangan pintar paling sesuai untuk aktiviti larian, model baharu ini akan hadir secara rasmi di Malaysia pada 20 November ini. Didatangkan dengan berat sekitar 38.5g, ia dipasang dengan skrin paparan 1.43 inci dan mempunyai dua pilihan warna tali, kelabu serta hitam.

HUAWEI WATCH GT Runner

Huawei Watch GT Runner akan menjalankan sistem operasi Harmonys OS dan sesuai digunakan pada peranti Android 6.0 dan keatas serta iOS 9.0 dan keatas. Turut sama melengkapi penawaran baharu ini adalah teknologi TruSeen 5.0+ untuk ciri pemantauan degup jantung lebih tepat, Always-on-Display, serta bateri yang mampu menjangkau 14 hari penggunaan.

Selain Huawei GT Runner dan Huawei Watch GT 3, terdapat tiga lagi peranti akan dilancarkan pada 20 November ini seperti Huawei FreeBuds Lipstick, Huawei MateBook 14s serta Huawei nova 9. Maklumat penjualan seperti harga dan lain-lain akan dikongsikan pada tarikh tersebut.

Baca juga:

  • Cara Mohon Dos Penggalak Bagi Individu Yang Mahu Tunaikan Umrah
  • Sebanyak 80% Pengguna 5G Dunia Adalah Rakyat China
  • Ini Senarai Telefon Huawei Yang Akan Terima EMUI 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY