Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp1200 (1)

“Akaun Sokongan WhatsApp” Cuba Perdaya Pengguna WhatsApp

Diterbitkan April 25, 2022 ยท Dikemas kini April 25, 2022 oleh ariff bukhari

Laman Wabetainfo melaporkan wujudnya cubaan scammer memperdaya pengguna WhatsApp dengan menyamar kononnya mereka dari unit sokongan WhatsApp.

Menurut Wabetainfo, pengguna akan menerima mesej dari akaun sokongan WhatsApp yang kelihatan seperti mempunyai tanda pengesahan bagi memperdaya mangsa.

Walhal akaun WhatsApp dengan tanda disahkan adalah berbeza.

“Akaun Sokongan WhatsApp” Cuba Perdaya Pengguna WhatsApp
Kredit: Wabetainfo

Jadi, sekiranya anda melihat tanda disahkan itu berada di tempat berbeza dari sepatutnya bermakna akaun WhatsApp itu adalah palsu.

Wabetainfo menyatakan, akaun palsu WhatsApp itu dipercayai cuba mendapatkan data sulit pengguna WhatsApp seperti meminta nombor kad kredit kononnya bagi mengelakkan akaun WhatsApp mangsa dari ditamatkan.

Malah ada insiden yang meminta kod 6 digit untuk mengakses akaun WhatsApp mangsa.

Ditegaskan di sini bahawa pihk WhatsApp tidak akan meminta maklumat-maklumat sulit seperti itu dari penggunanya.

Jadi sekiranya anda ada menerima mesej-mesej yang meminta info seperti itu bermakna ia adalah dari akaun WhatsApp palsu.

Sumber: Wabetainfo

Baca juga:

  • Ini Cara Dan Senarai Lokasi ATM Maybank Terpilih Untuk Tukar Duit Raya
  • Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya
  • Bukan Hanya Pindah Wang, Ubah Tetapan Dalam Maybank2u Juga Perlu Secure2u

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY