Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JAECOO OMODA C9

JAECOO Perkenal OMODA C9, Harga Jualan Bermula RM185,000

Diterbitkan September 24, 2024 ยท Dikemas kini September 24, 2024 oleh ariff bukhari

JAECOO hari ini memperkenalkan SUV pencabar di Malaysia dengan satu lagi kenderaan tidak lama lagi, iaitu OMODA C9 (C9).

Bakal dilancarkan pada bulan Disember tahun ini, JAECOO menyatakan C9 bakal menggegar pasaran SUV segmen-D dengan prestasi enjin, teknologi keselamatan, ciri-ciri keselesaan dan strategi harga kompetitif yang tersendiri.

JAECOO OMODA C9
Untuk terus menarik minat pasaran, JAECOO melancarkan C9, SUV Coupe Kegunaan Lasak Premium Pertama di Asia Tenggara, dengan versi 2WD (Pacuan Dua Roda) dan AWD (Pacuan Semua Roda).

C9 dipacu oleh enjin petrol empat silinder sebaris 2.0 TGDI yang mampu menghasilkan tork 257Hp dan 400Nm.

Boleh didapati dalam dua versi, C9 pacuan dua roda (2WD) menyediakan tiga mod memandu, manakala versi pacuan semua roda (AWD) menawarkan tujuh mod memandu untuk menempuh jalan bandar dan juga jalan lasak.

Pelanggan yang berminat untuk memiliki C9 boleh mendaftar minat mereka secara rasmi, dengan versi dua roda (2WD) C9 dijual pada harga anggaran MYR185,000 manakala Pacuan Semua Roda C9 (AWD) bakal ditawarkan pada harga MYR195,000.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Siaran media JAECOO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY