Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iXOOST AVALAN_01

iXOOST Tiba Di Malaysia, Sistem Audio Mewah Berharga Antara RM80,000 Hingga RM120,000

Diterbitkan November 26, 2023 oleh ariff bukhari

Pengeluar sistem audio mewah dari Itali, iXOOST mengumumkan kehadiran produk mereka di pasaran Malaysia yang diedarkan oleh VSTECS Astar Sdn. Bhd.

“Sebagai hab pengedaran utama produk ICT di Malaysia, kami sangat teruja menjadi pengedar tunggal iXOOST di sini”. Soong Jan Hsung, Ketua Pegawai Eksekutif VSTECS Astar Sdn. Bhd.

“Kami amat berbangga dapat memperkenalkan iXOOST di Malaysia, sebuah pasaran pesat di Asia Tenggara. Kerjasama ini merupakan langkah signifikan bagi kami dalam usaha berkongsi kepelbagaian seni pembuatan Itali dan warisan perlumbaan kami di pentas global.” Giovanni Panini, Pengasas iXOOST.

Bluetooth Helmet Speaker_02
iXOOST turut tersedia untuk topi keledar. Sistem audio dengan kejelasan yang tinggi, menyepadukan komponen audio canggih dalam reka bentuk yang padat. Produk pertama dalam siri ini adalah DOVI # 04 SOUND, pembesar suara Bluetooth yang diperbuat daripada topi keledar original perlumbaan SR-GP yang dihasilkan oleh Suomy untuk penunggang Moto GP, Andrea Dovizioso.

Sistem audio iXOOST adalah sebuah karya seni buatan tangan yang sangat teliti untuk memberikan pengalaman audio dengan kejelasan yang tinggi.

Komitmen iXOOST terhadap kemewahan dan eksklusif telah meletakkannya sebagai ikon dalam industri audio global, cukup dikenali dalam kalangan peminat audio dan sukan permotoran.

Rangkaian penuh produk iXOOST dikonfigurasi mengikut pesanan untuk memastikan pengalaman eksklusif untuk setiap pelanggan, dan kini tersedia untuk tempahan mulai hari ini.

iXOOST Tiba Di Malaysia, Sistem Audio Mewah Berharga Antara RM80,000 Hingga RM120,000
Salah satu produk sistem bunyi mewah iXOOST yang dihasilkan daripada ekzos original Lamborghini, ESAVOX Automobili Lamborghini.

Oleh sebab pesanan produk bersifat boleh diperibadikan, tempoh pengeluaran dijangka mengambil masa selama tiga hingga empat bulan, mencerminkan kualiti premium sistem audio dan seni pembuatan yang rumit.

Harga adalah berbeza mengikut model individu, antara RM80,000 hingga RM240,000.

KUBO ABARTH 695_02
KUBO Abarth 695, Sistem audio eksklusif untuk peminat Abarth, menggabungkan pembesar suara Bluetooth™ tercanggih yang disambungkan ke replika ekzos Record Monza yang terkenal

Untuk masa terhad mulai Disember 2023, pelanggan boleh melihat dan menikmati sistem audio iXOOST di Hoe Huat Electric Sdn Bhd, yang terletak di Lot F-01 hingga F-03, Tingkat Satu, Encorp Strand Mall, 47810 Petaling Jaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iXOOST di Malaysia, sila layari: https://www.ixoost.my

Berkaitan

  • Siri OPPO Reno11 Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh
  • Casetify Siasat Dakwaan 'Copy Paste' Rekaan Dbrand
  • Ekoran Risiko Terbakar, Lenovo Panggil Semula Bank Kuasa USB-C Komputer Riba

Sumber: Siaran media iXOOST

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY