Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Mavic 2 Hadir Dengan Sensor Yang Lebih Baik, Sokongan Zoom Optikal

Isu Keselamatan Menjadi Punca Tentera Amerika Tidak Lagi Menggunakan Dron DJI

Diterbitkan Disember 22, 2019 · Dikemas kini Disember 22, 2019 oleh ariff bukhari

Dron DJI didakwa boleh digodam.

Dalam pendedahan terbaru berkaitan dokumen keselamatan tentang larangan penggunaan dron DJI oleh A.S, rangkaian dron tersebut didakwa boleh digodam bagi mengakses dan mengumpul data oleh penyerang. Sehingga mampu menyebabkan strategi peperangan boleh terdedah kepada pihak musuh.

Malah dron DJI  juga didakwa boleh dijadikan sebagai alat bagi merampas pesawat. Ia dinyatakan dalam memorandum oleh Tentera Laut Amerika yang diterbitkan pada 24 Mei 2017 lalu yang bertajuk “Operational Risks With Regards to DJI Family of Products”.

Berikutan memorandum itu, larangan penggunaan dron dari firma China itu dikuat kuasakan pada semua tentera Amerika selepas itu.

Ketika ini dron DJI menguasai pasaran dron dunia sebanyak 70%. Pihak A.S menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S (DHS) sebelum ini telah pun mengeluarkan amaran bahawa dron buatan China itu boleh menghantar maklumat penerbangan kepada pengeluar mereka, seterusnya berkongsi maklumat tersebut dengan pihak ketiga.

Walaubagaimanapun, pembangun dron itu menafikan bahawa dron mereka tidak direka untuk tujuan ketenteraan. Malah dron mereka dilengkapi dengan ciri penginkripan data. Pengguna pula diberikan kawalan sepenuhnya untuk bagaimana mereka mahu menguruskan data-data terkumpul dari dron mereka.

Sumber: South China Morning Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY